JUALAN RM16 JUTA, HARQIS EMPIRE ANJUR PROM NIGHT HARGAI EJEN DAN STOKIS CEMERLANG

JUALAN RM16 JUTA, HARQIS EMPIRE ANJUR PROM NIGHT HARGAI EJEN DAN STOKIS CEMERLANG


Jualan RM16 Juta, Harqis Empire Anjur Prom Night Hargai Ejen Dan Stokis Cemerlang |
Antara faktor kejayaan sesebuah syarikat selain produk yang berkualiti adalah sistem sokongan daripada pasukan staf yang tidak berbelah bagi. Ia telah dibuktikan dengan pelbagai pencapaian cemerlang dari segi jualan dan jaringan pasaran produk. Namun untuk mendapatkan sebuah pasukan yang hebat bukan mudah! Selain minat yang mendalam, bimbingan yang berterusan dan tawaran ganjaran adalah perlu sebagai pemangkin kejayaan. Inilah yang dilakukan oleh Harqis Empire kepada ejen dan stokis yang cemerlang dalam jualan produk keluaran syarikat ini baru-baru ini.

Majlis meraikan wakil jualan, ejen dan stokis Harqis Empire telah berlangsung secara sederhana dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) di Marriot Putrajaya baru-baru ini. Majlis yang dikemudi sepenuhnya oleh selebriti Nana Mahazan ini meraikan kejayaan individu yang berjaya membuat jualan tinggi sepanjang tahun 2021. Antara hadiah yang ditawarkan adalah kereta Proton X50, Perodua Bezza, iPad Pro, televisyen dan wang tunai. Majlis turut diserikan dengan persembahan hebat dua penyanyi terkemuka iaitu Ziana Zain dan Aina Abdul.


JUALAN RM16 JUTA, HARQIS EMPIRE ANJUR PROM NIGHT HARGAI EJEN DAN STOKIS CEMERLANG

JUALAN RM16 JUTA, HARQIS EMPIRE ANJUR PROM NIGHT HARGAI EJEN DAN STOKIS CEMERLANG

JUALAN RM16 JUTA, HARQIS EMPIRE ANJUR PROM NIGHT HARGAI EJEN DAN STOKIS CEMERLANG

JUALAN RM16 JUTA, HARQIS EMPIRE ANJUR PROM NIGHT HARGAI EJEN DAN STOKIS CEMERLANG

JUALAN RM16 JUTA, HARQIS EMPIRE ANJUR PROM NIGHT HARGAI EJEN DAN STOKIS CEMERLANG



Walaupun tahun 2021 cukup sukar buat kebanyakan bisnes dek pandemik Covid-19, ia bukanlah penghalang untuk Harqis Empire meraih sasaran jualan. Kesungguhan dan kemudahan perniagaan dalam talian sepenuhnya membuatkan Harqis Empire menjual lebih 1.5 juta unit produk keluarannya, iaitu peningkatan tiga kali ganda dari tahun sebelumnya.

Mengimbau kembali sejarah penglibatan pengasas Harqis Empire, Puan Nur Saidatul Akmar Jamaruddin dalam dunia bisnes cukup mengkagumkan. Bermula sebagai stokis jualan produk orang lain, disingkirkan tanpa sebab, menjadi titik tolak beliau untuk bangkit kembali membina Harqis Empire pada tahun 2019. Pengalaman selama 6 tahun dalam bisnes digunakan sepenuhnya untuk memajukan syarikat beliau bersama suami, Encik Muhammad Aswadi dan kini, beliau boleh tersenyum kerana produk keluarannya berjaya mencapai jualan RM16 juta pada tahun 2021 dengan sokongan padu lebih 3,000 orang ejen dan stokis di seluruh Malaysia.


JUALAN RM16 JUTA, HARQIS EMPIRE ANJUR PROM NIGHT HARGAI EJEN DAN STOKIS CEMERLANG
PUAN NUR SAIDATUL AKMAR (KIRI) BERSAMA SUAMI, ENCIK MUHAMMAD ASWADI


Antara produk pertama yang dikeluarkan oleh Harqis Empire adalah XS PERFECT LOTION pada Ogos 2020 yang mempunyai tarikan dari segi kualiti bahan, kesan dan pembungkusan menarik sehingga produk ini berjaya terjual sebanyak 20,000 kotak dalam masa 1 minggu sahaja. Ia diikuti dengan penghasilan XS PERFECT DRINKS MOCHA DAN LATTE pada Oktober 2020. Lebih membanggakan, Harqis Empire berjaya menerima anugerah BrandLaureate SMEs BestBrands e-Branding (Emerging SMEs) Awards 2021.


JUALAN RM16 JUTA, HARQIS EMPIRE ANJUR PROM NIGHT HARGAI EJEN DAN STOKIS CEMERLANG

JUALAN RM16 JUTA, HARQIS EMPIRE ANJUR PROM NIGHT HARGAI EJEN DAN STOKIS CEMERLANG

JUALAN RM16 JUTA, HARQIS EMPIRE ANJUR PROM NIGHT HARGAI EJEN DAN STOKIS CEMERLANG

JUALAN RM16 JUTA, HARQIS EMPIRE ANJUR PROM NIGHT HARGAI EJEN DAN STOKIS CEMERLANG

JUALAN RM16 JUTA, HARQIS EMPIRE ANJUR PROM NIGHT HARGAI EJEN DAN STOKIS CEMERLANG

JUALAN RM16 JUTA, HARQIS EMPIRE ANJUR PROM NIGHT HARGAI EJEN DAN STOKIS CEMERLANG


Sasaran jualan Harqis Empire pada tahun 2022 adalah sebanyak RM25 juta dan bagi mencapai sasaran ini, pelbagai rangka promosi telah dipergiatkan seperti pengiklanan di radio dan pemasangan iklan papan tanda sekitar lebuh raya. Sebagai info, jingle Harqis Empire pernah disiar di radio Suria FM pada tahun 2021.

Bagi anda yang ingin mendapatkan produk Harqis Empire atau berminat menjadi ejen/stokis, anda boleh melayari www.harqis.my untuk maklumat lanjut.

IKUTI HARQIS EMPIRE DI INSTAGRAM

JUALAN RM16 JUTA, HARQIS EMPIRE ANJUR PROM NIGHT HARGAI EJEN DAN STOKIS CEMERLANG


#PRODUK #ACARA #HARQISEMPIRE #BISNES

0 Comments