DR. ROZMEY KEMBALI RANCAK DENGAN PRODUK TAHUN 2022, SASAR JUALAN RM100 JUTA

DR. ROZMEY KEMBALI RANCAK DENGAN PRODUK TAHUN 2022, SASAR JUALAN RM100 JUTA

Dr. Rozmey Kembali Rancak Dengan Produk Tahun 2022, Sasar Jualan RM100 Juta |
Landskap bisnes di Malaysia sudah banyak berubah. Jika dulu penghasilan produk lebih didominasi oleh syarikat besar bertaraf antarabangsa, namun kini ramai warga tempatan sudah berani mencipta produk jenama sendiri untuk jualan di pasaran dan sukses menjana pendapatan lumayan. Bicara soal produk jenama sendiri, terlintas satu nama di fikiran iaitu Dr. Rozmey. Pada saya figura ini adalah pelopor kepada bisnes pembuatan produk sendiri di Malaysia kerana sekitar 12 tahun lalu, nama beliau naik dengan mendadak hasil daripada penjualan produk kesihatan beliau sendiri.


DR. ROZMEY KEMBALI RANCAK DENGAN PRODUK TAHUN 2022, SASAR JUALAN RM100 JUTA


Datuk Dr. Che Rozmey atau lebih dikenali dengan panggilan Dr. Rozmey yang juga pakar sakit puan & perbidanan memulakan diri di arena bisnes dengan menjual produk langsing keluarannya Jus Mate 5, disusuli dengan penglibatan berani di dunia perfileman tempatan dengan menerbitkan filem Dua Alam lakonan Aaron Aziz yang turut menjadi buah mulut orang ramai.

Sudah lama tidak mendengar berita, tiba-tiba beliau muncul kembali bersama buah tangan terbaru iaitu 3 produk yang terdiri daripada Kopi Espresso DDR, MYBooster dan neutralG. Kesempatan bertentang mata dengan beliau baru-baru memberi jawapan kepada comeback beliau bersama produk terbaru. Beliau sedari sejak Covid-19 melanda dunia, masyarakat mula serius dalam penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat. Ini termasuklah pengambilan makanan tambahan yang dapat membantu menguatkan sistem tubuh badan. Maka tercetus idea Dr Rozmey untuk menghasilkan produk makanan tambahan khusus untuk kesihatan dan kesejahteraan ramai.


KENALI PRODUK TERBARU DR. ROZMEY

MYBooster

DR. ROZMEY KEMBALI RANCAK DENGAN PRODUK TAHUN 2022, SASAR JUALAN RM100 JUTA

Produk MYBooster dihasilkan khusus untuk meningkatkan sistem imun badan. Ia dihasilkan daripada pelbagai ramuan seperti spirulina, kunyit, beri, habbatus sauda, kurma, stevia, cendawan Lingzhi yang dapat membantu melawan pelbagai penyakit kronik, infeksi dan sistem imun badan. Pengambilan MYBooster yang konsisten mempelihatkan kesan positif seawal 3 minggu. Jelas Dr Rozmey, produk makanan tambahan bukan sahaja perlu memberi manfaat, namun ia penting untuk sesuatu produk mematuhi keperluan dan mengekalkan piawaian kualiti agar pengguna yakin untuk terus menggunakan produk mereka tanpa sebarang kebimbangan.


KOPI ESPRESSO DDR

DR. ROZMEY KEMBALI RANCAK DENGAN PRODUK TAHUN 2022, SASAR JUALAN RM100 JUTA

Kopi Pra-Campuran dengan serbuk Maca dan Serbuk Butea Superba ini pernah dikeluarkan oleh Dr. Rozmey sebelum ini. Kini ia dijenamakan semula bersama formulasi dipertingkat untuk keperluan tubuh badan. Akar Maca yang turut dikenali sebagai ginseng Peru ini membantu meningkatkan tenaga, daya tahan tahan badan, menambahkan kesuburan lelaki dan wanita dan juga mengawal mood. Antara ramuan lain yang terkandung dalam kopi Espresso DDR ini adalah Guarana, Tongkat Ali, Ginseng. Dr. Rozemy yakin Kopi Expresso DDR yang menggunakan 100 peratus herba tulen ini bakal mendapat sambutan hebat daripada peminat tegar minuman kopi di negara ini.


neutralG

DR. ROZMEY KEMBALI RANCAK DENGAN PRODUK TAHUN 2022, SASAR JUALAN RM100 JUTA

Produk neutralG dicipta khusus untuk mereka yang mengalami masalah gastrik. Ia diformulasi untuk membantu meneutralkan asid perut, mencegah dan merawat ulser/luka perut, GERD, menyingkir bakteria jahat dan bantu menormalkan kembali flora mikrobiologi perut dan usus. Sumber probiotik yang terdapat pada nuetralG ini juga dapat membantu mengurangkan kembung perut dan mencegah sembelit/cirit-birit. Ramuan lain yang terkandung di dalam neutralG adalah serbuk inulin, halia, bromelin, ekstrak durian belanda, kurma, prebiotik.


PRODUK DR. ROZMEY TEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA

DR. ROZMEY KEMBALI RANCAK DENGAN PRODUK TAHUN 2022, SASAR JUALAN RM100 JUTA


Produk keluaran Dr. Rozmey dihasilkan di kilang miliknya di Kulim Kedah yang mempunyai tahap piawaian kebersihan, kualiti tinggi dan diiktiraf oleh Amalan Pengilangan Baik (GMP). Beliau turut membuka peluang kepada orang ramai yang ingin menghasilkan produk sendiri OEM menghubunginya.

Beliau merancang meluaskan lagi pasaran produk sedia ada ke seluruh negara secara runcit menerusi kempen promosi secara agresif di media sosial. Turut dikongsi sasaran jualan untuk tahun 2022 sebanyak RM100 juta memandangkan ketiga-tiga produk sudah menembusi pasaran Kemboja, Vietnam dan Indonesia.

Selain suplemen kesihatan, Dr. Rozmey turut menghasilkan produk pertanian termasuk Baja DDR, Awesome Pengalak Buah, Bio Shield Gold Racun Organik dan Bio Clear Pereputan Jerami. Tidak ketinggalan, Dr Rozmey masih mengekalkan produk suplemen seperti Mate 5, Kopi Gomo, The Man untuk tenaga lelaki, DDR Queen Wanita Beauty, DDR King dan Mate 3 Slimming .

Jadi kepada yang berminat untuk mendapatkan produk Dr Rozmey, boleh menghubungi beliau di talian 012-2627125.

IKUTI DR ROZMEY DI FACEBOOK | INSTAGRAM


DR. ROZMEY KEMBALI RANCAK DENGAN PRODUK TAHUN 2022, SASAR JUALAN RM100 JUTA


#PRODUK #KESIHATAN #DRROZMEY

0 Comments