HACO SUISS ‘CULINARY DRY MIX’ EDARAN QSRT BIKIN HIDANGAN JADI LUAR BIASA!

HACO SUISS ‘CULINARY DRY MIX’ EDARAN QSRT BIKIN HIDANGAN JADI LUAR BIASA!

HACO SUISS ‘Culinary Dry Mix’ Edaran QSRT Bikin Hidangan Jadi Luar Biasa | QSR Trading Sdn Bhd (QSRT), salah satu saluran pemasaran dan perdagangan di bawah QSR Brands, (pengusaha rangkaian KFC dan Pizza Hut Malaysia), memperkenalkan produk terbaharu HACO SUISS ‘Culinary Dry Mix’ iaitu keluaran HACO Asia Pacific Sdn. Bhd.

HACO SUISS ‘Culinary Dry Mix’ ialah satu inovasi yang dihasilkan untuk meningkatkan keseronokan memasak di rumah dengan cara yang mudah, fleksibel, dan pelbagai guna. Produk HACO SUISS ‘Culinary Dry Mix’ ini di adun daripada bahan-bahan segar, lazat, berkualiti dan sihat yang dapat mempertingkatkan rasa masakan di rumah.

HACO SUISS, merupakan pengeluar makanan premium terkemuka di Switzerland, sejak 1922 telah menghasilkan ‘Culinary Dry Mix’, sejenis stok masakan yang terdapat dalam tiga perisa, iaitu Stok Ayam, Stok Berperisa Daging Lembu dan Sup Udang Karang.


HACO SUISS ‘CULINARY DRY MIX’ EDARAN QSRT BIKIN HIDANGAN JADI LUAR BIASA!


“Apa yang unik tentang stok masakan ini adalah ia merupakan pilihan yang lebih sihat, kerana TIDAK mengandungi bahan-bahan seperti; MSG, lemak trans, pengawet tambahan serta pewarna tiruan. Stok Masakan HACO SUISS ini diperbuat sepenuhnya daripada bahan-bahan asas yang segar dan berkualiti. Ianya mudah untuk digunakan didalam masakan dan mempunyai kesesuaian untuk pelbagai olahan hidangan. Ia juga mampu mengelakkan pembaziran. Selain menikmati makanan yang sihat, rangkaian stok masakan HACO SUISS juga menjuruskan kepada kepentingan makanan berkhasiat dan pengambilan diet yang seimbang dengan cara penyediaannya yang cepat dan mudah,” kata Pengurus Besar QSR Trading Sdn. Bhd. Encik Chan Chong Thye.

“Sejak tahun 1922 lagi, HACO SUISS secara konsisten telah menghasilkan produk pilihan premium, berkualiti dan lebih sihat di pasaran, kerana HACO SUISS peka dan berinovasi di dalam memenuhi keperluan dan keinginan pengguna setia mereka. HACO SUISS menyedari bahawa pengguna di rantau Asia Pasifik mempunyai citarasa yang luas dan gemar dengan makanan yang menyelerakan, justeru permintaan yang meningkat terhadap produk-produk yang terbaik, contohnya, produk-produk yang mempunyai kolaborasi dengan Chef atau yang boleh memberi inspirasi untuk menghasilkan resipi dan masakan setanding chef, semakin menjadi tumpuan orang ramai pada masa kini”.

Dengan slogan "Menjadikan setiap hidangan biasa lebih istimewa", QSRT mengesyorkan pelanggan mereka untuk menggunakan produk HACO SUISS yang merupakan pilihan yang lebih sihat, lebih mudah dan lebih kualiti.


HACO SUISS ‘CULINARY DRY MIX’ EDARAN QSRT BIKIN HIDANGAN JADI LUAR BIASA!

HACO SUISS ‘CULINARY DRY MIX’ EDARAN QSRT BIKIN HIDANGAN JADI LUAR BIASA!


“Sup udang karang dikenali sebagai hidangan mewah yang jarang disediakan di rumah, tetapi kini, dengan Sup Udang Karang HACO SUISS, sesiapa sahaja boleh menikmati citarasa yang lazat ini, dengan menyediakannya sendiri di rumah. Produk HALAL pertama dan satu-satunya produk seumpamanya di pasaran runcit di Malaysia, Sup Udang Karang ini telah menerima Anugerah Inovasi Masakan 2021 oleh Persatuan Ahli Kulinari Profesional, Malaysia.”

“Stok Ayam pula diperbuat daripada daging ayam asli dan tidak menggunakan ayam GMO. Ia tidak mengandungi pewarna tiruan dan bahan pengawet tambahan di dalam ramuannya. Untuk Stok Berperisa Daging Lembu, walaupun mempunyai rasa daging lembu yang asli, ianya tidak menggunakan walau sedikit pun daging lembu, justeru menjadikannya pilihan yang sesuai untuk golongan vegetarian. Sesuai untuk mereka yang ingin menikmati semangkuk sup daging atau mi, tanpa pembabitan daging,” tambah Encik Chan.


HACO SUISS ‘CULINARY DRY MIX’ EDARAN QSRT BIKIN HIDANGAN JADI LUAR BIASA!

HACO SUISS ‘CULINARY DRY MIX’ EDARAN QSRT BIKIN HIDANGAN JADI LUAR BIASA!


Harga jualan bagi Stok Ayam HACO SUISS 100g ialah RM5.90 sebungkus, sementara harga bagi Stok Berperisa Daging Lembu HACO SUISS 80g dan Sup Udang Karang HACO SUISS 60g, masing-masing berharga RM6.30 sebungkus.

Produk HACO SUISS ‘Culinary Dry Mix’ boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar atau sederhana, dan kedai rasmi QSR Trading di Shopee Mall dan Lazada Mall mulai bulan Januari 2022.

Sila layari laman web QSRT di www.qsrtrading.com.my untuk maklumat lanjut.

IKUTI HACO SUISS DI FACEBOOK | INSTAGRAM



#PRODUK #MAKANAN #HACOSUISS #SUISSHACO

0 Comments