STAYCATION DI CYBERVIEW RESORT & SPA CYBERJAYA

4:43 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 1 Comments

CYBERVIEW RESORT & SPA CYBERJAYA

Antara aktiviti yang menjadi kegemaran saya adalah melancong. Tidak kira sama ada dalam mahupun luar negeri, aktiviti ini merupakan perkara wajib dalam kalendar tahunan saya. Ia merupakan terapi diri setelah penat bekerja. Pastinya kerja anda tidak pernah habis sampailah anda bersara. Jadi sekali sekala berikan ganjaran kepada diri anda dengan menikmati percutian idaman. Selain dapat merehatkan minda, aktiviti melancong ini dapat membuka mata dan hati anda mengenai apa yang ada di destinasi pilihan. Barangkali anda bisa belajar perkara baru seperti budaya, rutin harian malah makanan enak yang terdapat disitu. Ibarat sambil menyelam minum air juga. Anda bercuti sambil meluaskan pengetahuan. Bak kata pepatah jauh perjalanan luas permandangan.

Untuk edisi staycation saya kali ini, saya akan membawa anda menyusuri sebuah pusat peranginan yang cukup terkenal iaitu Cyberview Resort & Spa yang terletak di Cyberjaya. Bagi warga Cyberjaya dan Putrajaya khususnya, resort ini cukup sinonim bagi mereka. Terletak di pusat bandar Cyberjaya, ia hanya memakan masa 25 minit jika anda menaiki kereta dari Kuala Lumpur atau KL International Airport (KLIA). Jarak Cyberview Resort & Spa dengan pusat pentadbiran kerajaan Malaysia, Putrajaya hanya berjarak 15 minit jika menaiki kereta.

Setiba di perkarangan Cyberview Resort & Spa, saya merasakan saya berada di sebuah wilayah yang cukup asing. Persekitaran resort ini seolah-olah gabungan perkampungan dan pulau. Cukup tenang dan mendamaikan. Tatkala melangkah ke ruang lobi Cyberview Resort & Spa, saya terpana. Hiasan dalaman dan dekorasi cukup ekslusif. Tampak mewah. Siling lobi nya mengingatkan saya kepada senibina dari Indonesia.










Memandangkan saya tiba agak awal dari waktu daftar masuk, saya memang sudah merancang untuk memanjakan diri dengan perkhidmatan spa di Sembunyi Spa. Untuk pengetahuan anda, Sembunyi Spa merupakan spa yang telah memenangi pelbagai anugerah spa terbaik. Sudah alang-alang disini, jadi kenalah cuba perkhidmatan terbaik daripada spa terbaik bukan? Saya memilih rawatan Mahabrata di sini. Rawatan apa itu? Nantikan perincian di entri akan datang.

CYBERVIEW RESORT & SPA CYBERJAYA





Selesai urusan daftar masuk, saya terus dibawa terus ke bilik dengan menaiki kereta buggy. Saya terasa seperti VVIP pula menerima layanan sebegini. Bilik yang saya diami adalah jenis Superior Chalet. Untuk pengetahuan anda, Cyberview Resort & Spa mempunyai 112 bilik dengan hiasan dalaman yang cukup ekslusif. Selain bilik Superior Chalet yang saya diami, terdapat lagi 6 bilik pilihan iaitu Bunga Raya Suite, Mawar Suite, Bungalow, Junior Suite, Executive Deluxe dan Deluxe Chalet mengikut bajet dan keselesaan anda.










Bila pintu dibuka, saya terkejut melihat bilik Superior Chalet ini. Luas dan selesa. Malah tersedia sebuah katil single dan queen. Selain itu, bilik yang berkeluasan 35 meter persegi ini turut mempunyai balkoni, mini bar, 32 inci TV rata, pemain DVD, Ipod dock, seterika, pengering rambut dan peti keselamatan. Satu perkara yang mengagumkan saya adalah bilik airnya. Siap ada tab mandi! Suasana bilik air nya mengingatkan saya ketika berkunjung ke Lombok. Bagi saya kemudahan dalam bilik yang disediakan cukup lengkap. Berdasarkan pengalaman saya menginap di resort dan hotel sebelum ini, tidak semua menyediakan kemudahan seperti seterika dan pengering rambut. Jika ada pun anda harus menelefon pihak housekeeping untuk menggunakanya.



CYBERVIEW RESORT & SPA CYBERJAYA


CYBERVIEW RESORT & SPA CYBERJAYA






CYBERVIEW RESORT & SPA CYBERJAYA

Selesai melihat bilik, saya terus keluar untuk melihat kawasan sekitar resort ini. Cyberview Resort & Spa ini banyak dikelilingi pokok-pokok menghijau dan sebab itu suasana disini cukup tenang. Selain itu terdapat kolam renang serta taman sesuai untuk anda melepak sambil merehatkan diri. Banyak juga kemudahan yang terdapat disini. Ada gimnasium, spa lengkap dengan jakuzi air panas dan sejuk, sauna, bilik mandi wap, perkhidmatan sewa basikal dan kereta dan sebagainya. Bagi saya bila sudah berada di dalam Cyberview Resort & Spa ini, memang malas hendak keluar ke mana-mana. Inilah masa untuk saya menikmati kedamaian dan ketenangan di sini. Bukan senang nak dapat mood sebegini terutamanya di tengah-tengah bandar.










CYBERVIEW RESORT & SPA CYBERJAYA














Jika anda risau sukar mendapatkan makanan di dalam Cyberview Resort & Spa, jangan risau! Jika anda lapar, tidak perlu keluar ke bandar membeli makanan. Cyberview Resort & Spa juga mempunyai beberapa restoran dan bar untuk anda menjamu selera seperti Verandah Pan-Asian Restaurant, Bistro Cascata Italian Fusion Restaurant , Xing Zhu Chinese Restaurant, Karma Bar and Lounge and Chillax Pool Bar. Pada percutian saya disini, saya telah menikmati makan malam di restoran Itali, Bistro Cascata yang telah banyak memenangi anugerah restoran terbaik. Nanti saya kongsi pengalaman di entri akan datang. Sebelum pulang ke kamar, saya sempat melepak di tepi kolam renang untuk mengambil udara segar sambil melihat keindahan langit malam. Indah bukan!





Esoknya, sebelum saya mendaftar keluar, saya sempat menikmati sarapan pagi di Verandah Restaurant. Sememangnya pilihan makanan disini memang banyak. Rambang mata masa memilih. Kualiti rasa memang terbaik. Saya suka akan seni hiasan dalaman di Verandah Restaurant ini. Klasik dan mewah. Selesai makan saya terus ke kamar untuk merehatkan diri sambil menonton TV sebelum daftar keluar jam 12 tengahari.













Secara peribadi, Cyberview Resort & Spa adalah penginapan bertaraf dunia pada harga mampu milik. Bukan mudah untuk menikmati kemudahan dan layanan bintang penuh pada harga yang pada saya cukup ekonomi. Anda akan terpukau dengan suasana sekelilimg resort ini yang sangat mendamaikan. Jadi jika anda sedang merancang untuk bercuti bersama keluarga mahupun meraikan bulan madu, Cyberview Resort & Spa adalah pilihan terbaik anda.

Ayuh, pack your bag and go holiday!

CYBERVIEW RESORT & SPA CYBERJAYA
JUTAAAN TERIMA KASIH KEPADA MISS SOOKY ATAS LAYANAN VVIP


LOKASI CYBERVIEW RESORT & SPA
Persiaran Multimedia, Cyber 7
63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia

Tel: (603) 8312 7000
Fax: (603) 8312 7001

EMAIL

LAMAN WEB RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #CYBERVIEWRESORT #CYBERVIEWRESORTANDSPA #CYBERJAYA #CUTICUTIMALAYSIA #DEKATJE #MALAYSIATRULYASIA 

1 comment:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.