HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR MENYAJIKAN THE BEST WESTERN FOOD IN TOWN

hard rock cafe kl

Siapa yang tidak mengenali akan kafe yang satu ini. Namanya cukup gah dimata dunia. Malah bagi traveller, kafe ini cukup sinonim dengan pelbagai koleksi merchandise untuk dibeli sebagai kenangan. Tambahan pula bagi peminat setia jenama ini pastinya satu perkara wajib untuk singgah bila travel. Seolah-olah tidak lengkap percutian jika tidak singgah ke Hard Rock Cafe mahupun Hard Rock Shop. Hebat sungguh kuasa nama jenama ini.
Di Malaysia sahaja, Hard Rock Cafe memiliki 4 buah cawangan iaitu di Melaka, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan pastinya di ibukota Kuala Lumpur.


Saya berkesempatan berkunjung ke Hard Rock Cafe Kuala Lumpur untuk memenuhi jemputan daripada Zomato Malaysia. Bagi anda yang masih tertanya-tanya akan Zomato, ia merupakan sebuah enjin carian restoran dan kedai makan yang cukup terkenal terutama di India, Australia, New Zealand dan beberapa negara lagi termasuk Malaysia. Anda buntu tentang lokasi lepak makan, Zomatolah solusi anda!

sila jangan ganggu!

ada live band









Saya cukup teruja apabila melangkah masuk ke ruang kafe ini. Masakan tidak! Cukup classy dan mewah. Juga terdapat bar area bagi mereka yang ingin santai minum-minum sambil menghisap rokok. Terdapat juga ruangan outdoor seating bagi pelanggan yang inginkan sedikit "kebebasan".

Saya telah disapa oleh team Zomato dan juga saudari Nor Esah Abd Ghani selaku Marketing Manager Hard Rock Cafe. Terima kasih daun keladi atas jemputan! Kak Nor cukup ramah dan pastinya banyak informasi yang saya dapat berkenaan Hard Rock Cafe melalui beliau.

dinner sambil chit-chat

nak sambut birthday disini pun boleh!

anti social sungguh!

Seleksi menu yang disajikan pada jemputan cukup istimewa kerana menu-menu ini adalah antara yang terbaik disini.





Dimulakan dengan pembuka selera, kami dihidangkan dengan dua menu cukup menarik. Jumbo Combo dan juga HRC Nachos.
Bagi Main Course pula kami telah dijamu dengan tiga jenis menu iaitu Hickory BBQ Chicken and Pulled Lamb, Original Legendary Burger dan juga Smokehouse Chop Salad. Its dessert time! Pemanis mulut kami adalah Hot Fudge Brownie.

HRC Nachos sangat enak!

Jumbo Combo ini adalah delectable array of HRC's most popular staters

Jumbo Combo terdiri daripada Onion Rings, Potato Skins, Chicken Wings dan beberapa lagi serta disertakan dengan sos keju istimewa! Ini favourite saya!

Smokehouse Chop Salad ini cukup berbeza berbanding salad lain kerana rasanya cukup sempurna dengan campuran kepingan daging salai dan salted eggs!

Original Legendary Burger

Personally patty burger ini agak kering. 

Hickory BBQ Chicken and Pulled Lamb

daging ayamnya juicy dan fresh serta isi lamb sangat lembut dan tidak berbau!

Hot Fudge Brownie! So Chocolato!

Magical Mystery Mojito ini boleh pilih samada ingin bubuh alkohol atau tidak. Ada lemon, mint leaves, soda. Sedap!

Fruitapalooza

Ternyata menikmati hidangan di Hard Rock Cafe KL cukup berbaloi. Walaupun kebanyakkan harganya dianggap pricey namun bagi saya harga bukanlah isu apabila anda dapat menikmati makanan enak lagi lazat. Tambahan pula Hard Rock Cafe juga menyediakan segmen hiburan kepada pengunjung dengan persembahan live band setiap hari bermula pukul 10 malam. Malah jika anda berkunjung ke Hard Rock Cafe KL setiap hari Khamis, diadakan satu segmen khas yang di panggil QUIZ EVENT. Setiap pelanggan boleh turut serta dalam Quiz Event ini secara individu mahupun berkumpulan. Menarik bukan! Sekurang-kurangnya tidaklah bosan dengan makan sahaja kan. Sambil makan kita asah minda sikit. Hihihi!

Jom uji minda degan Quiz Event! No google ya!

Bagi anda yang sukakan hidangan barat, HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR adalah tempatnya. Saya jamin setiap sen yang anda belanja di sini berbaloi! Kafe ini juga sesuai untuk seisi keluarga. Malah jika anda bercadang menyambut istimewa di sini, just inform the staff here.  Mereka akan aturkan bagi pihak anda. Just datang dan enjoy the moment!





Lokasi Hard Rock Cafe KL
Ground Floor, Wisma Concorde, 
No. 2, Jalan Sultan Ismail, 
50250 Kuala Lumpur

Telefon: +60 3-2715 5555






Hard Rock Cafe Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #HRCKL #ZOMATOMY #ZOMATOMEETUP #HARDROCKCAFEKL #THISISHARDROCK

6 Comments