JENAMA TEH TERKEMUKA DARI BRITAIN, TETLEY KINI DI MALAYSIA!


Menikmati secawan Teh Tarik ketika menjamu selera adalah sesuatu yang normal dalam masyarakat Malaysia. Tidak kira samada ketika sarapan pagi mahupun ketika makan malam, teh menjadi antara pilihan minuman kegemaran ramai. Namun adakah anda tahu bahawa setiap jenis teh yang berada dipasaran mempunyai kualiti yang berbeza? Malah adakah anda tahu bahawa menyediakan sesuatu jenis teh ini memerlukan suhu kepanasan tertentu bagi mendapatkan kualiti rasa dan khasiat yang tepat? Teruskan membaca bingkisan istimewa ini.

Kehadiran Mr. Sebastian Michaelis, seorang Tea Master terkemuka dunia memberi saya satu dimensi baru tentang teh. Berasal dari United Kingdom, pengalaman lebih 10 tahun dalam industri ini menjadikan beliau adalah orang tepat berbicara tentang teh ini. Beliau telah diterbangkan khas oleh pihak Tetley Malaysia berkongsi ilmu melalui acara THE ART OF TEA BLENDING WITH TETLEY TEA MASTER baru-baru ini.



MINUM PETANG BERSAMA TEA MASTER DARI UK, MR. SEBASTIAN MICHAELIS

Tetley merupakan jenama teh terkemuka dari Britain. Jenama ini telah menapak di pasaran dunia selama 180 tahun. Sejak kewujudan Tetley dari tahun 1837, kini jenama ini harus berbangga dengan pencapaian nya sebagai jenama nombor 2 terbaik di dunia. Pihak Tetley tidak berkompromi dalam memilih gred teh terbaik kepada bagi mereka hanya daun teh yang bermutu tinggi digunakan untuk mencipta kualiti rasa. Kualiti ini diukur menggunakan bahasa unik yang dikenali sebagai Uhuru. Ia merujuk kepada kaedah saintifik yang digunakan oleh pakar dalam memilih teh.








Tidak kira samada anda penggemar teh hitam, hijau mahupun herba, Tetley adalah pilihan sempurna untuk setiap masa. Satu perkara yang mengagumkan saya, teh keluaran Tetley ini akan melalui 8 kali ujian sebelum ia dipasarkan kepada pengguna. Sumber teh jenama Tetley didapati daripada 11 negara melangkaui 3 benua, jenama ini membeli lebih 2 juta pound seminggu daripada 10 ribu estet berbeza. Kelebihan jenama Tetley adalah mereka akan memantau dari proses dauh teh dipetik sehingga ke teh dibungkus untuk pasaran.







Menerusi acara THE ART OF TEA BLENDING WITH TEA MASTER ini, saya cukup bertuah kerana dapat mempelajari pelbagai ilmu tentang teh dari kaedah merasa jenis teh sehingga kepada teknik menyediakan teh yang tepat. Untuk pengetahuan anda, untuk menghasilkan teh yang sempurna rasa, pelbagai faktor memainkan peranan. Antaranya adalah hanya menggunakan air yang dididihkan sekali sahaja kerana air yang dimasak berulang kali akan mengurangkan kandungan oksigen dan ia mampu mempengaruhi rasa teh. Selain itu, untuk mendapatkan rasa terbaik bagi teh hijau adalah dengan memasak air pada suhu 80 darjah Celsius sebelum dituangkan ke dalam bekas berisi uncang teh. Biarkan selama 2 minit sebelum diminum untuk mengelakkan air teh ini menjadi pahit. Bagi penggemar teh bersusu, pastikan anda meletakkan susu pada teh anda setelah ia di bru sepenuhnya. Bagi storan pula, anda disarankan untuk menyimpan stok beg teh anda menggunakan bekas kedap udara pada kawasan yang gelap dan dingin.







Sepanjang acara ini juga saya diajar cara merasa cecair teh cara pakar. Ia merangkumi faktor seperti SPARKLE (KEASLIAN WARNA), WARNA (DARI WARNA MERAH PEKAT SEHINGGA KE KUNING CERAH CECAIR THE), BODY (BERAT TEH DI DALAM MULUT) dan ZING (KESEGARAN TEH SECARA MENYELURUH MENERUSI LELANGIT MULUT). 


PERSONAL TASTING SPOON INI DIANUGERAHKAN KEPADA TEA MASTER YANG DITAULIAHKAN OLEH PIHAK TETLEY


TEH CAMOMILE ADALAH BEBAS KAFEIN

SESI BEREKSPERIMEN CUSTOMIZED CITARASA TEH SENDIRI

ANTARA BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENCIPTA AROMA TEH SENDIRI

SESI FOTO KENANGAN BERSAMA TETLEY TEA MASTER

Saya diberitahu bahawa setiap Tetley Tea Master merasa 40 ribu cawan teh setiap minggu. Mereka ini juga akan mengembara ke setiap ladang teh untuk memantau kualiti teh dari A to Z. Begitu besar peranan yang dimainkan oleh Tea Master ini sehinggakan deria rasa mereka telah di insurans sebanyak 1 juta Pound Sterling!

SAYA MENANG LUCKY DRAW!

BLACK TEA DARI TETLEY INI CUKUP ENAK MEMBUAT TEH TARIK







Hasilnya, dari pucuk daun muda yang dipanggil Carmellia sinensis, kini Tetley merupakan jenama teh dari Britain yang cukup ikonik di mata dunia. Bagi anda rakyat Malaysia, kini produk teh keluaran Tetley boleh didapati di semua rangkaian pasaraya di seluruh negara. Jika anda penggemar Teh Tarik, Tetley Black Tea adalah pilihan terbaik kerana warna dan rasa teh ini benar-benar menepati citarasa lokal. Saya sendiri penggemar teh Tarik dan sudah merasai teh Tarik menggunakan jenama ini, jadi saya katakan YA pada Tetley!

FACEBOOK RASMI TETLEY MALAYSIA:

INSTAGRAM RASMI TETLEY MALAYSIA:

TWITTER RASMI TETLEY MALAYSIA:


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TETLEYTEA #BLENDSJUSTRIGHT #TETLEYMY




1 Comments

  1. amboii serius nyaaa buat experimen tea tu! hehe wpon coffee addict but i do love tea too HAHA dgn susu jugak lahhhh, bende lemak2 mmg sedap! lol

    ReplyDelete