PASUKAN SORAK TEAM MALAYSIA BAKAL MEMBERI KEJUTAN SEMPENA ASIAN CHEERLEADING CHAMPIONSHIPS 2017 DI JEPUN



Pasukan sorak atau cheerleading merupakan satu aktiviti fizikal dalam satu kumpulan yang melibatkan sorakan sambil melakukan gerakan agresif seperti lompatan, lambungan dan tarian dan sebagainya. Kita biasanya akan melihat pasukan sorak ini menghiasi kejohanan sukan bagi memberi laungan semangat kepada para atlit yang bertanding. Jadi secara tidak langsung peranan pasukan sorak tidak boleh dipandang sepi. Di Malaysia khususnya terdapat beberapa badan ataupun kumpulan yang bergiat secara aktif dalam memartabatkan aktiviti ini. Antaranya adalah CHEERLEADING ASSOCIATION AND REGISTER OF MALAYSIA (CHARM). Badan ini ditubuhkan sejak 2003 dengan mempunyai visi dan misi untuk mempromosikan cheerleading dikalangan anak muda Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa. 

Terkini, pihak CHARM bakal membawa pasukan sorak yang dikenali dengan nama TEAM MALAYSIA mewakili negara sempena ASIAN CHEERLEADING CHAMPIONSHIPS 2017 - OPEN COED ELITE DIVISION. Kejohanan ini bakal berlangsung pada 21-22 Oktober 2017 di Komazawa Olympic Park Gymnasium Tokyo, Jepun. Ia dianjurkan oleh Asian Cheer Union, sebuah pertubuhan non-profit cheerleading di Asia. Pada 13 Oktober 2017 telah berlangsung majlis khas memperkenalkan pasukan sorak ini di VANITY ATRIUM SUNWAY VELOCITY MALL. Majlis ini telah dikemudi oleh pengacara terkenal Dennis Yin.



PIHAK CHARM BERSAMA DENGAN WAKIL DARI SUNWAY VELOCITY MALL





Bagi pengetahuan anda, TEAM MALAYSIA ini dahulunya dikenali sebagai CHARM All-Stars dan pasukan ini telah ditubuhkan pada tahun 2003. Pasukan sorak TEAM MALAYSIA telah menyertai pelbagai persembahan sorak samada untuk kejohanan terbuka mahupun tertutup. Malah pasukan ini turut bergerak aktif dalam pelbagai acara seperti pelancaran produk dan festival.




 






Seramai 26 anak muda berbakat besar bakal bersatu membawa nama Malaysia ke kejohanan di Tokyo nanti. Kumpulan sorak ini bakal berlepas ke negara matahari terbit itu pada 19 Oktober 2017. Sama-sama kita mendoakan agar pasukan sorak TEAM MALAYSIA berjaya membawa kejayaan kepada negara. Terima kasih kepada CHARM yang berusaha keras dalam membawa nama TEAM MALAYSIA ke peringkat tertinggi. Sekalung penghargaan kepada pihak SUNWAY VELOCITY atas sokongan dan kepercayaan kepada pasukan ini.

Anda rakyat Malaysia juga boleh turut sama menyokong usaha pasukan ini. Sebarang pertanyaan mengenai penajaan dan informasi lanjut boleh menghubungi Presiden CHARM, Encik Chong Siew Han di talian 016-2773629email di contact.charmcheer@gmail.com atau layari LAMAN FACEBOOK RASMI CHARM . AYUH TEAM MALAYSIA, ANDA BOLEH! MALAYSIA BOLEH!

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TEAMMALAYSIA #CHEERLEADER #CHARMALLSTARS 

0 Comments