SENARAI ENTITI PENGENDALI PELANCONGAN YANG TIDAK BERLESEN DENGAN KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA (MOTAC)

motac


SENARAI ENTITI PENGENDALI PELANCONGAN YANG TIDAK BERLESEN DENGAN KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA | Saya percaya ramai diluar sana suka melancong samada dalam mahupun luar negara. Ada yang suka bergerak secara sendiri dan ada juga yang memang sekadar hulur duit kepada agensi pelancongan untuk menguruskan percutian anda sepenuhnya. Setiap dari kita mempunyai cara berbeza untuk melihat dunia bukan. Malah tujuan setiap individu untuk travel pun berbeza-beza. Tidak mengapa asalkan anda gembira dan dapat menikmati percutian sebaik mungkin.

Saya kerap kali terbaca kisah tentang penipuan agensi pelancongan di media sosial. Duit dah diberi tetapi tiba hari untuk berlepas, tiket kapal terbang tak pernah ditempah lah dan banyak lagi lah isu berbangkit. Pihak yang sepatutnya bertanggungjawab pula hilang entah kemana. Kesian juga kepada mangsa yang mengalami isu sebegini. Yelah, duit dah banyak keluar semata-mata untuk bercuti bersama keluarga dan teman-teman tapi akhirnya tragedi buruk pula yang menimpa diri.

Menerusi laman web rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), kementerian ini telah mengeluarkan senarai entiti pengendali berkaitan dengan pelancongan yang tidak berlesen dengan pihak kementerian ini. Jadi anda boleh rujuk senarai nama-nama tersebut seperti yang dikeluarkan oleh pihak MOTAC. Senarai ini yang Tidak Berlesen dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya didapati telah melanggar peruntukan Akta Industri Pelancongan 1992 kerana menjalankan perniagaan pelancongan tanpa lesen yang sah.

Jadi anda semua dinasihatkan agar membuat semakan nama agensi pelancongan yang berdaftar terlebih dahulu melalui laman sesawang kementerian iaitu di pautan http://www.motac.gov.my sebelum membeli sebarang pakej pelancongan bagi mengelakkan penipuan atau kerugian. Moralnya di sini adalah anda kenalah rajin membuat kajian sebelum menempah pakej yang ditawarkan oleh mana-mana agensi pelancongan. Selidik latar belakang syarikat atau pengendali pelancongan tersebut dan semak review daripada pelanggan yang pernah menggunakan khidmat mereka. Kebanyakannya mempunyai laman media sosial rasmi bukan! Walaupun anda menggunakan khidmat syarikat pelancongan namun anda tetap kena rajin untuk studi dari mengelakkan diri anda ditipu. Elakkan diri dari menjadi mangsa ya! 

Anda boleh KLIK SINI! untuk mendapatkan pengesahan lanjut.


Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
No. 2, Menara 1, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA


TELEFON
03 8000 8000
03 8891 7100

#MYMOTAC #ELAKDITIPU #SEMAKSEBELUMBELI #INFOSHARING #SCAM #MALAYSIATRULYASIA

1 Comments

  1. Wahhh...banyak betul... Sekarang ni memang kena hati-hati. Macam-macam dorang ni nak duit dari kita.

    ReplyDelete