RIPLEY’S BELIEVE IT OR NOT! ODDITORIUM HIMPUN KOLEKSI PELIK TAPI BENAR KINI DIBUKA DI RESORTS WORLD GENTING

March 12, 2018 REEF OMAR 0 Comments



Sebut sebab nama RIPLEY’S BELIEVE IT OR NOT! Megingatkan saya akan rancangan TV yang menjadi fenomena di Malaysia suatu ketika dahulu. Rancangan yang memaparkan perkara pelik tapi benar dari serata dunia. Perkara yang bila difikirkan tidak logik dek akal sebenarnya ia wujud dalam dunia. Itulah yang cuba dirungkaikan oleh rancangan TV popular ini. Saya ingat lagi ketika itu pengacara rancangan ini pada tahun 2000-2003 adalah Dean Cain, pelakon yang pernah menjadi adiwira siri SUPERMAN.

Diasaskan oleh Robert Ripley (1890-1949) yang merupakan seorang kartunis, usahawan dan juga ahli antropologi, beliau telah mengembara ke serata dunia untuk mengumpul perkara pelik dan luar biasa. Jenama ini telah digunakan meluas dalam format siaran radio, TV, muzium, buku komik dan siri buku.

Apabila Ripley mula-mula memamerkan koleksinya kepada orang ramai di Chicago World's Fair pada tahun 1933, ia dilabelkan sebagai Ripley's Odditorium dan menarik lebih dari dua juta pelawat semasa pameran itu berlangsung. Sejak itu, koleksi Ripley ini telah dipamerkan di banyak pameran dan ekspo utama, termasuk San Francisco, San Diego, Dallas, dan Cleveland. Pada tahun 1950, setahun selepas kematian Ripley, Odditorium kekal pertama dibuka di St. Augustine, Florida. Kini, RIPLEY’S BELIEVE IT OR NOT! ODDITORIUM telah dibuka di 11 buah negara termasuk di Resorts World Genting.

Ia merupakan satu-satunya lokasi yang dibuka di Malaysia yang terletak di aras 4 SkyAvenue Mall. Menariknya tentang odditorium di sini, setiap artifak dan bahan pameran disini adalah asli. Ia bukan replika mahupun gambar. Setiap bahan pameran disini telah dibawakan khas dari Amerika Syarikat oleh pihak Resorts World Genting.


 







ODDITY bermaksud keanehan. Anda akan terpukau dengan setiap satu bahan pameran di RIPLEY’S BELIEVE IT OR NOT! ODDITORIUM. Daripada kisah ganjil tapi benar sehingga kepada artifak yang diperbuat daripada bahan yang tidak terfikir dek akal. Odditorium disini terbahagi kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian punya kisah dan cerita tersendiri. Anda bayangkan bagaimana biji kopi boleh digunakan menjadi potret Oprah Winfrey, potret Tom Cruise dilukis menggunakan sos dan mustard, patung dinasour dibentuk menggunakan biji kuaci, foto Ellen berswafoto semasa anugerah Oscar dipotretkan menggunakan 60 ribu bebola berwarna jenis Airsoft dan hanya menggunakan 5 jenis warna sahaja. Menarik bukan!


 












Keanehan tidak berhenti disitu. Ada banyak lagi perkara pelik tapi benar di Ripley’s Believe It Or Not! Odditorium. Model Ferrari yang diperbuat daripada kayu lantai dapur terpakai, wanita yang paling banyak tattoo di badan, MARIA JOSE CRISTERNA dan koleksi pameran yang paling tidak boleh diterima dek akal saya adalah dua ekor binatang dan sebuah patung Buddha yang diperbuat daripada jutaan dollar Amerika asli yang telah dihancurkan. Gila!

























 





 

 


 






 
Ada banyak lagi perkara menarik dan pelik yang anda boleh dapati disini. Jika anda berkunjung ke Resorts World Genting, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri didepan mata anda pameran di RIPLEY’S BELIEVE IT OR NOT! ODDITORIUM. Tiket berharga RM 22 bagi dewasa dan RM 18 bagi kanak-kanak. Ia merupakan self-guided tour pasti memberi anda pengalaman yang cukup berinformati tentang realiti kehidupan. Layari www.rwgenting.com bagi mendapatkan informasi lanjut atau layari laman media sosial RIPLEY’S MALAYSIA.

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #RIPELYSADVENTURELANDMY #RIPLEYSBELIEVEITORNOT #ODDITORIUM #REDISCOVERGENTING #COMEONUP #RESORTSWORLDGENTING #SKYAVENUE

0 comments:

Powered by Blogger.