BUFET RAMADAN 2019 ME’NATE STEAK HUB TAMPIL KELAINAN, UMUM ELLY MAZLEIN DAN SHUK RAJA LAWAK SEBAGAI IKON ME’NATE 2019






Setiap kali Ramadan pasti banyak hotel dan restoran berlumba-lumba menawarkan pakej bufet Ramadan dengan variasi sajian berbuka puasa. Sudah pasti, setiap lokasi bufet ini tampil dengan keistimewaan masing-masing demi menarik minat ramai untuk berbuka puasa. Antara yang menjadi bualan hangat adalah Me’nate Steak Hub.

Me’nate Steak Hub tidak memerlukan sebarang pengenalan. Namanya sudah menjadi siulan kerana menjadi hub makanan barat terbaik buat warga lokal. Bagi menyemarakkan lagi sambutan Ramadan 2019, pihak Me’nate kembali dengan pakej bufet Ramadan dan menariknya, harga yang ditawarkan cukup berpatutan iaitu RM79.90 bagi dewasa dan RM39.90 bagi kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah, tiada sebarang bayaran dikenakan.


















Bufet Ramadan 2019 di Me’nate Steak Hub menawarkan lebih 40 pilihan juadah berbuka puasa yang merangkumi makanan tempatan dan barat. Antara menu yang wajib dicuba adalah Kambing Golek, Nasi Briyani, Nasi Tomato, Mee Kari, Laksa, Nasi Bukan itu sahaja, pihak Me’nate Steak Hub turut menyediakan beberapa live cooking stalls seperti gerai Mee/Kuetiau Goreng. Tidak ketinggalan variasi menu masakan barat seperti Spaghetti Beef Aglio Olio, Penny Creamy Chicken Pesto, Lamb Shabu, yang cukup sinonim dengan Me’nate Steak Hub turut disediakan kepada pengunjung.






















Kelainan yang ditampilkan oleh Me’nate Steak Hub sepanjang Ramadan 2019 adalah mereka turut menawarkan pakej makanan barat premium iaitu set hidangan FAMILY PLATTER. Terdapat 2 set Family Platter iaitu PREMIUM FAMILY PACKAGE BERHARGA RM450* DAN SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE BERHARGA RM650* dimana setiap set boleh dinikmati sehingga 5 ke 6 orang. Setiap set dalam Family Platter ini mengandungi sehingga 11 menu dan pelanggan yang menikmati set ini diberikan akses PERCUMA kepada ruangan bufet pemanis mulut. Jadi jika anda bukanlah seorang buffet lover dan mahu menikmati hidangan daging premium, ini adalah pilihan terbaik buat anda!







Kepada anda yang tidak berkesempatan menikmati bufet Ramadan di Me’nate Steak Hub, tidak perlu gusar kerana pihak restoran masih meneruskan menu ala carte seperti biasa selepas jam 8.30 malam.

Sempena Ramadan 2019, pihak Me’nate Steak Hub turut memperkenalkan Ikon Me’nate 2019 iaitu selebriti terkenal Elly Mazlein atau dikenali dengan panggilan Kak Lina Pompom dan Shuk Raja Lawak. Pemilhan dua nama besar dalam industri hiburan Malaysia ini disebabkan chemistry yang wujud diantara mereka mencuit hati dan ini dapat membantu pihak Me’nate Steak Hub dalam mempromosikan pakej Ramadan yang ditawarkan oleh Me’nate Steak Hub. Pihak Me’nate mengalu-alukan penglibatan syarikat korporat dalam sebarang penganjuran majlis seperti majlis berbuka puasa bersama anak yatim dengan menawarkan harga istimewa.







Jangan lepaskan peluang berbuka puasa hidangan lazat dan premium di semua cawangan Me’nate Steak Hub iaitu di Shah Alam, Ampang, Bangi, Setapak dan Johor Bahru sepanjang Ramadan 2019. Kemudahan surau turut disediakan kepada pengunjung. Layari laman media sosial rasmi Me’nate Steak Hub untuk mendapatkan informasi lanjut atau hubungi cawangan terdekat anda untuk tempahan.

*Harga tidak termasuk SST.






LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MENATESTEAKHUB #MENATERAMADAN2019 #BUFETRAMADAN2019

2 Comments

  1. Jom belanja aku makan sini heehehe teringin kambing mereka...

    ReplyDelete
  2. Tengok makanan dia best best tu.. Boleh cuba Ramadhan tahun depan pulak kalau di beri masa dan rezeki.

    ReplyDelete