RAWATAN BLACK DOLL LASER DI TOSCANA MEDI CLINIC SOLARIS DUTAMAS

June 28, 2018 REEF OMAR 0 Comments


Penjagaan wajah merupakan rutin penting dalam kehidupan seharian saya. Bagi memastikan kulit wajah saya sentiasa menerima nutrisi yang cukup, saya akan pastikan untuk melakukan perkara asas penjagaan wajah setiap hari. Cuma apabila usia semakin meningkat, ditambah pula dengan pengaruh persekitaran seperti terdedah kepada cahaya matahari, gaya hidup yang sibuk, pemakanan yang tidak teratur, kurang bersenam boleh mengundang kepada pelbagai isu pada kulit wajah seperti jerawat, pigmentasi, tona kulit tidak sekata. Jadi, saya akan memastikan untuk mendapatkan rawatan estetik daripada pakar sekali sekala supaya saya tahu apakah kondisi sebenar kulit wajah saya.

Baru-baru ini, saya sempat menjalani satu rawatan di sebuah klinik estetik terkenal iaitu TOSCANA MEDI CLINIC yang terletak di Solaris Dutamas (Publika). Rawatan dilakukan ketika bulan Ramadan yang lalu sebagai persedian kepada sambutan Syawal. Saya juga ingin kelihatan berseri di Hari Raya. Kebetulan pula pihak Toscana Medi Clinic mengadakan promosi bagi kebanyakkan rawatan yang ditawarkan, jadi saya tidak mahu melepaskan peluang ini.

ISI BORANG DAHULU

SUASANA TENANG DI KLINIK INI

TOSCANA MEDI CLINIC

RUANG MENUNGGU YANG SELESA

ANTARA PRODUK DARIPADA TMC





Boleh baca kisah kunjungan saya ke Toscana Medi Clinic sebelum ini DI SINI .

Memandangkan kulit saya jenis berminyak dan kusam dan jadi saya memilih untuk membuat rawatan BLACK DOLL LASER. Nama lain bagi rawatan ini adalah Carbon Peel Laser. Apa yang menariknya tentang BLACK DOLL LASER ini? Ini sesuai dilakukan bagi anda yang menghadapi masalah pigmentasi, kedutan, tona kulit, liang pori besar dan mengurangkan tanda penuaan.

Dr. Kanwal Gill selaku pakar estetik di Toscana Medi Clinic telah melakukan sesi rawatan ini ke atas saya dan ia yang hanya mengambil masa tidak sampai 30 minit.

Sebelum laser dilakukan, kulit wajah akan dibersikan dari sebarang kotoran. Kemudian proses skrub akan dibuat bagi menanggakn sel kulit mati sambil urutan wajah dibuat bagi melancarkan peredaran darah pada muka.

Kemudian, kulit wajah saya disapukan dengan sejenis cecair karbon gred perubatan dan dibiarkan beberapa minit sebelum pancaran laser dilakukan.

SEBELUM RAWATAN

CUCI MUKA DAHULU

SAPUAN KARBON PADA WAJAH

MESIN LASER YANG DIGUNAKAN

Semasa pancaran laser ditembak ke wajah, mata akan ditutup dengan pelindung khas bagi mengelak daripada sinaran laser tersebut. Pancaran laser ini adalah penghasilan tenaga haba yang merangsang kulit untuk meningkatkan pengeluaran kolagen baru dan sel kulit baru. Hasilnya, tisu tumbuh dengan lebih pantas, manakala zarah karbon mengelupaskan kulit secara halus dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar lalu menyingkirkan kotoran yang ada di dalam liang roma.







Pancaran laser ini dapat mengecilkan kelenjar minyak dan pori menjadi lebih halus. Kulit berminyak adalah punca kepada pori terbuka sehingga menyebabkan pengumpulan bintik hitam, selain peningkatan usia, jantina dan genetik.

Proses pancaran laser ini tidak lama. Selesai sahaja, wajah akan diletakkan dengan cooling mask bagi merehatkan kulit muka. Sebelum selesai rawatan, wajah akan disapukan dengan krim pellindung matahari.



SELESAI LASER, FACIAL MASK DILETAKKAN UNTUK MEREHATKAN WAJAH

HASIL SELEPAS RAWATAN





Saya suka melakukan rawatan BLACK DOLL LASER ini kerana ia tiada downtime dan sekali rawatan sudah menampakkan hasil. Pori kulit menjadi lebih kecil, tona kulit menjadi sekata, wajah terus berseri kerana pancaran laser ini telah mengggalakan penghasilan kolagen baru. Senang kata, wajah lebih bersinar dan tampak remaja. Malah rawatan Black Doll Laser ini tidak sakit langsung.

TERIMA KASIH DR. KANWAL GILL






Jadi kepada anda yang ingin mendapatkan rupa wajah yang berseri dan lebih sihat, saya mengsyorkan untuk melakukakan rawatan Black Doll Laser ini. Ia sesuai untuk jantina lelaki dan wanita. Toscana Medi Clinic menjadi pilihan sebab mereka menawarkan harga rawatan yang cukup berpatutan. Bayangkan harga promosi Black Doll Laser Cuma RM99 sahaja. Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang informasi serta promosi terkini rawatan di Toscana Medi Clinic, boleh layari laman media sosial rasmi mereka. Selamat menjadi syantik!



LOKASI TOSCANA MEDI CLINIC 
NO. 1 & 2, BLOK D5 - G4, 
SOLARIS DUTAMAS (PUBLIKA) 
NO. 1, JALAN DUTAMAS 1, 
50480 KUALA LUMPUR. 

WAKTU OPERASI: 
SELASA - SABTU 
(10 PAGI – 7 MALAM) 

AHAD - ISNIN 
(TEMUJANJI SAHAJA) 

TELEFON: 
03-61438866 
03-61431105 

LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TOSCANAMEDICLINIC

0 comments:

DEMONSTRASI SECARA LANGSUNG RAWATAN BYE BYE SCARS DAN VAMPIRE BLOODY FACIALS OLEH TOSCANA MEDI CLINIC SOLARIS DUTAMAS

June 28, 2018 REEF OMAR 0 Comments

KREDIT GAMBAR: MARCUS OSMAND OFFICIAL

Siapa yang tidak sukakan kulit yang cantik, sihat, gebu dan berseri. Ia adalah dambaan setiap insan dimuka bumi tidak kira lelaki atau wanita. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa wajah kita merupakan satu aset yang cukup berharga. Rutin penjagaan amat penting kerana kita sentiasa terdedah kepada ancaman kepada kulit seperti cuaca, pemakanan, persekitaran dan gaya hidup. Malah faktor usia juga menjadi faktor kepada isu ini. Penjagaan biasa tidak cukup untuk memberi keanjalan dan mengekalkan kesihatan pada kulit wajah. Justeru, khidmat doktor bertauliah daripada klinik estetik perlu bagi mengenalpasti kondisi kulit sebenar dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.

Antara klinik estetik popular di ibukota adalah Toscana Medi Clinic yang terletak di Solaris Dutamas. Saya cukup berbesar hati menerima jemputan daripada pihak Toscana Medi Clinic untuk menyaksikan secara langsung demonstrasi dua jenis rawatan estetik yang ditawarkan di klinik ini iaitu BYE BYE SCARS dan VAMPIRE BLOODY FACIALS. Sesi demonstrasi ini telah dikendalikan oleh Dr. Kanwal Gill dan Dr. Lashela Dharmadass.









DARI KIRI: DR. KANWAL GILL DAN DR. LASHELA DHARMADASS





Sesi demonstrasi dimulakan dengan menunjukkan cara rawatan BYE BYE SCARS dan VAMPIRE BLOODY FACIALS dilakukan ke atas subjek lelaki dan ia dikelola oleh Dr. Kanwal Gill. Apakah itu Bye Bye Scars? Ia merupakan nama komersial bagi rawatan CO2 Fractional Laser. Rawatan yang menggunakan teknologi unik yang dikenali sebagai FRACTIONAL PHOTOTHERMOLYSIS ini mampu menghasilkan penstrukturan semula kulit wajah, menjadikan kulit wajah rata dan seterusnya meremajakan kulit anda. Laser akan dipancarkan terus ke dalam lapisan dermis, kemudian kesan tembakan itu akan memberi isyarat kepad tubuh untuk proses penyembuhan secara semulajadi. Hasilnya, kulit yang berkawah akan diperbaiki dan menjadi lebih rata. Malah rawatan CO2 Fractional Laser ini mampu mengurangkan garisan halus dan kedutan pada wajah anda, mengurangkan masalah pigmentasi, tona warna tidak sekata dan tekstur kulit lebih rata. Subjek lelaki telah disapu dengan krim kebas lebih awal sebelum kedua-dua rawatan dilakukan bagi mengurangkan rasa sakit.







Manala VAMPIRE BLOODY FACIALS merupakan nama komersial bagi rawatan PLATELET RICH PLASMA (PRP). Kaedah ini pada awalnya diperkenalkan untuk merawat para atlet yang mengalami kecederaan pada tisu badan. Ia telah diperluaskan untuk industri kecantikan kerana ia mampu merawat dan memberi keanjalan pada kulit dengan cepat. Caranya adalah dengan menyuntik platelet yang didapati hasil sentrifus darah pesakit. Platelet ini seterusnya disuntik semula ke dalam kulit yang ingin dirawat. Platelet yang disuntik ini membantu memperbaiki bahagian sasaran dengan menghasilkan growth factor dan seterusnya merangsang sel kulit untuk menjana tisu baru. Ia secara tidak langsung akan memperbaiki tona kulit serta meningkatkan kadar produksi kolagen.

Kemudian Dr. Kanwal Gill terus melakukan rawatan CO2 Fractional Laser ke atas kulit subjek. Selesai rawatan ini, Dr. Lashela terus mengambil alih untuk menunjukan kaedah rawatan Vampire Bloody Facials atau PLATELET RICH PLASMA. Platelet yang telah diasingkan daripada darah yang diambil daripada pesakit tadi akan dicucuk dipermukaan wajah. Kesan rawatan ini mempercepatkan keupayan bahagian sasaran untuk sembuh.







 






Kemudian Dr. Lashela menunjukkan rawatan Vampire Bloody Facials (PRP) ini ke atas subjek wanita pula. Proses ini tidak memakan masa lama. Tidak sampai 10 minit pun. Ternyata kedua-dua rawatan ini merupakan antara pilihan terbaik kepada mereka yang mempunyai masalah kulit pada wajah. Malah Bye Bye Scars dan Vampire Bloody Facials merupakan rawatan paling banyak menerima permintaan kerana diyakini dan terbukti merawat kulit wajah.










Jadi jika anda mempunyai masalah kulit wajah, Toscana Med Clinic adalah pilihan terbaik anda. Malah harga yang ditawarkan cukup berpatutan. Saya sendiri telah mencuba salah satu rawatan disini iaitu rawatan Black Doll Laser. Harga promo sempena raya RM99 siapa yang tidak mahu bukan? Nak tahu pengalaman saya menjalani rawatan ini? Nantikan review daripada saya di entri akan datang.

LOKASI TOSCANA MEDI CLINIC 
NO. 1 & 2, BLOK D5 - G4, 
SOLARIS DUTAMAS (PUBLIKA) 
NO. 1, JALAN DUTAMAS 1, 
50480 KUALA LUMPUR. 

WAKTU OPERASI: 
SELASA - SABTU 
(10 PAGI – 7 MALAM)

AHAD - ISNIN 
(TEMUJANJI SAHAJA)

TELEFON: 
03-61438866
03-61431105

LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TOSCANAMEDICLINIC

0 comments:

MAKANAN ARAB SEDAP DI SHAWARMA RESTAURANT TAMAN CONNAUGHT CHERAS

June 27, 2018 REEF OMAR 2 Comments


Siapa suka makanan Arab? Angkat tangan! Saya akui makanan Arab seperti Kebab dan Nasi Mandy merupakan antara menu yang cukup terkenal di serata dunia termasuklah di Malaysia. Malah, anda boleh lihat kebanjiran restoran yang menyajikan juadah selera Timur Tengah di merata ceruk membuktikan bahawa ia mempunyai permintaan yang tinggi.

Ingin saya kongsikan sebuah restoran yang menyajikan makanan Arab yang sedap dan menawarkan harga yang cukup berpatutan. Kunjungan saya ke Shawarma Restaurant yang terletak di Taman Connaugt, Cheras baru-baru ini bertujuan untuk berbuka puasa. Sesekali tekak ini ingin juga menukar selera dengan selera makanan dari luar.

Lokasi Shawarma Restaurant ini tidaklah sukar untuk dicari kerana terletak berhampiran dengan UCSI University. Kalau sesat juga, gunakan saja Waze atau Google Maps. Kalau cakap pasal makanan Arab, perkara yang terlintas di kepala adalah portion dalam setiap hidangan adalah besar. Memandangkan saya bukanlah seorang big eater, jadi saya mengajak beberapa teman untuk berbuka puasa bersama.











Memandangkan jumlah kami agak ramai, jadi kami sepakat untuk mengambil set untuk famili yang boleh dipilih samada untuk 4-5 orang, 6-7 orang dan 8-9 orang. Kami memesan set Famili untuk 4-5 orang makan. Jadi saya ingin kongsikan apa yang kami dapat dengan Set Famili ini.








HUMUS



Salah satu menu pembuka selera yang diperbuat daripada kacang kuda yang dikisar bersama Tahini, minyak zaitun, bawang putih, perahan limau dan garam.


FATOUSH SALAD



Satu lagi menu pembuka selera yang diperbuat daripada kepingan roti yang digoreng, tomato dan timun dan pilihan hirisan limau jika anda sukakan rasa masam limau.


VEGE/LAMB SOUP



Untuk set Famili ini, kami turut diberikan 4 jenis sup untuk dimakan bersama Nasi Mandy/Madghout. Nak hirup sahaja pun boleh. Sedap juga!


BBQ PLATE



Daging ayam dan daging lembu yang dicucuk seperti sate serta dihidangkan bersama kentang goreng, kepingan roti nipis dan tomato.


BIG RICE PLATE (MANDY/MADGHOUT)



Ini adalah menu utama bagi set Famili ini. Anda akan menerima sedulang nasi yang terdiri daripada separuh Nasi Mandy dan separuh lagi Nasi Madhout. Terus terang, makan nasi ini sahaja tanpa lauk pun sudah cukup enak. Saya suka menu ini kerana nasinya tidak terlalu berlemak. Just nice!


MANDY LAMB/HANITH LAMB



Ini adalah lauk kepada Nasi Mandy/Nasi Madghout tadi. Daging nya cukup lembut, tidak berbau dan cukup rempah ratus.


FAHSA LAMB



Menu ini jika dilihat seperti kari. Namun apabila rasa, ada sedikit rasa rendang. The best part, pada awalnya saya sangkakan ia adalah Kari Ayam namun rupanya ia adalah daging kambing. Pandai masak seba tidak berbau hamis langsung.


MULLAWAH (YEMENI BREAD)



Menu ini boleh saya katakan roti Naan versi XXXXXXL. Memang besar. 4 orang Asia makan belum tentu boleh habis. Pencicahnya adalah Fahsa Lamb tadi.


TEA POT


Suprisingly, rasa dan warnanya tak ubah seperti Teh Tarik Halia. Siapa penggemar Teh Tarik Halia, boleh mencuba sebab rasanya sedikit ringan berbanding Teh Tarik Halia yang biasa diminum di kedai mamak.

Selain itu, anda akan diberikan pilihan satu jug air jus sebenar. Pilihan jus samada oren, epal hijau atau tembikai. Sepatutnya set famili didatangkan sekali dengan half bird Roasted Chicken. Tapi masa kami makan stok habis pula. Jadi diorg gantikan dengan beberapa menu tambahan la. Berbaloi juga. Hahaha.

ANTARA MENU DI SHAWARMA RESTAURANT (BUKAN DALAM SET FAMILI)

Harga yang ditawarkan iaitu RM119 bagi saya cukup berpatutan dan berbaloi untuk bilangan 4-5 orang makan. Kalau rasa tidak cukup, boleh sahaja pesan set famili yang lebih besar. Saya dan rakan-rakan tak boleh habiskan kesemua hidangan kerana portionnya yang terlalu besar. Jadi kami bungkus lebihan untuk dibawa pulang.

Jadi jika anda mencari restoran makanan Arab yang sedap di sekitar Lembah Klang, Shawarma Restaurant adalah pilihan tepat. Malah semasa kehadiran ke sini, ruang restoran penuh dengan pelanggan yang rata-rata adalah pelajar universiti. Jadi jika restoran penuh maksudnya makanan disini memang sedap dan menjadi kegemaran ramai!







LOKASI SHAWARMA RESTAURANT
NO.8, JALAN MENARA GADING 1,
TAMAN CONNAUGHT,
5600 KUALA LUMPUR.

WAKTU OPERASI:
11 PAGI – 11 MALAM




#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SHAWARMARESTAURANT #FOODIE

2 comments:

Powered by Blogger.