BUTIK HAQQI TAWAR VARIASI KOLEKSI RAYA 2018 DARI JENAMA SELEBRITI TERKENAL


Kehangatan Syawal kian terasa. Disana sini orang ramai mulai sibuk membeli belah dari kuih raya, perhiasan rumah hingga persalinan diri bagi menyambut ketibaan Aidilfitri. Itulah penangan bila tiba hari raya. Pastinya saat ini ditunggu-tunggu terutamanya golongan kanak-kanak kerana inilah masanya mereka boleh mengumpul duit raya. Saya sendiri secara peribadi cukup menantikan detik Syawal kerana inilah masa terbaik untuk menghimpunkan keluarga, sanak saudara serta sahabat handai menerusi tradisi bertandang ke rumah. Biasanya agak sukar untuk bertemu dek kerana kesibukan rutin harian dan kerja.

Berbicara soal sambutan Aidilfitri, antara yang mencuit hati saya bila tiba hari raya adalah apabila dapat melihat pelbagai fesyen raya yang digayakan sempena lebaran. Boleh saya katakan waktu inilah menjadi medan perang gaya siapa yang lebih menawan. Belum lagi melihat status di media sosial tentang #ootdraya. Meriah dan penuh warna-warni.

Jika anda tercari-cari butik yang menawarkan koleksi fesyen raya terkini yang berpatutan, apa kata anda berkunjung ke butik HAQQI. Butik Haqqi merupakan pusat sehenti yang menawarkan barangan kelengkapan dan keperluan Haji & Umrah serta fesyen yang patuh syariah. Ia merangkumi ihram, telekung dan pakaian asas serta kelengkapan peribadi untuk menunaikan haji dan umrah bagi lelaki serta wanita, kitab suci, buku panduan, produk kesihatan penjagaan diri, pakaian Muslimat serta koleksi fesyen berjenama terkemuka.

Untuk pengetahuan anda, butik Haqqi adalah hub kelengkapan haji dan umrah terbesar di Malaysia. Butik yang diuruskan bersama oleh Glass Go Media Sdn Bhd dan Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB) ini mempunyai 4 cawangan iaitu di Shah Alam, Bangi Sentral, TTDI KL dan Terengganu dan merancang untuk membuka 60 buah butik dalam masa 5 tahun.















Seperti anda sedia maklum, Haqqi juga menjadi pilihan penggemar fesyen patuh syariah kerana butik ini menyediakan pelbagai pilihan pakaian daripada jenama selebriti terkenal tanahair seperti IzzueXclusive (Izzue Islam), Al Mukarramah, Zareeth Zehra, Owl by ND (Nora Danish), EL by Elfira Loy dan ramai lagi. Butik Haqqi menyediakan pelbagai pilihan pakaian dari baju melayu, kurta, baju kurung, jubah hingga ke pakaian kanak-kanak. Malah pihak Haqqi turut memiliki jenama mereka sendiri yang merangkumi persalinan fesyen patuh syariah untuk lelaki dan wanita. Apa yang mengagumkan saya adalah kualiti yang ditawarkan setanding dengan jenama terkenal walaupun harga yang ditawarkan jauh lebih murah.















Sempena menyambut Aidilfitri, pihak Haqqi bermurah hati mengadakan jualan murah secara besar-besaran bagi menyemarakkan lagi sambutan perayaan terbesar ini. Jadi anda jangan lepaskan peluang keemasan ini bagi mendapatkan koleksi baju raya terkini pada harga murah di butik Haqqi. Anda boleh ikuti laman media sosial HAQQI (Facebook/Instagram) bagi mendapatkan informasi dan kemas kini tentang jualan murah dan lelong yang dijalankan oleh pihak Haqqi. Pembelian secara atas talian juga boleh dibuat menerusi portal rasmi www.haqqi.com.my .








LOKASI HAQQI SHAH ALAM

13 & 15, JALAN PLUMBUM S7/5, 
SEKSYEN 7, 
40000 SHAH ALAM, SELANGOR.

TELEFON: 03-55234798

-

LOKASI HAQQI BANGI SENTRAL

8-23-01, JALAN MEDAN PUSAT BANDAR 7A, 
BANGI SENTRAL, 
43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

TELEFON: 03-891215542 

-

LOKASI HAQQI TTDI

NO 14, JALAN WAN KADIR 4, 
TAMAN TUN DR ISMAIL, 
60000 KUALA LUMPUR.

TELEFON: 03-77322247 

-

LOKASI HAQQI TERENGGANU

PT 35341, TINGKAT BAWAH, DATARAN AUSTIN, 
JALAN TEMBUSU 2, WAKAF TEMBESU, 
21300 KUALA TERENGGANU.

TELEFON: 09-6627367 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #HAQQI #HAQQIONLINE

0 Comments