RAJAWALI COFFEE HOUSE HOTEL AWANA RESORTS WORLD GENTING HIDANG LEBIH 1OO HIDANGAN TRADISI MALAYSIA UNTUK BUFET RAMADAN 2018


Bulan Ramadan saban tahun diserikan dengan pilihan bufet berbuka puasa oleh setiap hotel di Malaysia. Kedengaran tipikal bukan? Anda inginkan kelainan sambil menikmati santapan berbuka puasa? Barangkali berbuka puasa pada 3000 kaki dari aras laut dengan seleksi juadah tradisi. Ayuh, panjangkan langkah anda dengan menikmati sajian terbaik sepanjang bulan Ramadan ini di Rajawali Coffee House, Hotel Awana Resorts World Genting.

Bufet Ramadan 2018 di Rajawali Coffee House Hotel Awana menampilkan lebih 100 hidangan enak masakan tradisi dari serata negara. Antaranya Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Beriani. Tidak lengkap pilihan nasi ini tanpa kuahnya. Terdapat pilihan kari dan lauk pauk seperti Gulai Lemak Daging Salai, Asam Pedas Ikan Pari, Rendang Tok, Patin Masak Tempoyak, Pajeri Terung.








Selain itu, anda boleh memilih sajian Nasi Kandar dengan pilihan lauk seperti Kari Kepala Ikan, Kambing Masala, Kari Sotong, Prathal Ayam dan Dalca Sayur. Bulan puasa cukup sinonim dengan menu Bubur Lambuk. Nikmati menu popular ini bersama pilihan lauk antaranya Serunding Kelapa/Ayam/Daging, Udang, Daging Cincang, Lobak Asin, Ikan Masin dan Kicap Cili Padi.









Tidak lengkap bufet Ramadan tanpa menu Kambing bukan? Rajawali Coffee House Hotel Awana menyediakan hidangan utamanya iaitu Kambing Bakar Australia dengan pecicah sos Lada Hitam dan sos Pudina. Tidak cukup dengan itu, mereka turut menyajikan menu Ayam Percik dan Rojak Ayam. Jika anda penggemar makanan laut, terdapat kios Ikan Bakar yang menawarkan pelbagai pilihan ikan seperti Kembung, Siakap, Kerapu, Keli, Tenggiri, Terubuk, Patin, Tongkol, Cencaru dan Tilapia. Selain itu, terdapat juga pilihan ketam, udang, sotong yang dimasak ala pantai timur.

Menu sempena Bufet Ramadan di Rajawali Coffee House Hotel Awana memang banyak sehingga rambang mata hendak memilih. Ada pilihan Sate, Otak-otak, Sup Gear Box, Sup Perut dan Sup Daging dimakan bersama Roti Banggali. Selain itu, pilihan murtabak, roti canai, roti telur, Capati turut disediakan. Seleksi mi tidak ketinggalan dalam bufet Ramadan kali seperti Laksa Kedah, Laksa Johor, Mi Jawa, Mi Bandung dan Mi Rebus.











Tidak sempurna bufet Ramadan tanpa menikmati pilihan kuih muih tradisi. Pihak Rajawali Coffee House Hotel Awana menyediakan lebih daripada 50 jenis kuih muih melayu yang enak-enak belaka. Bertambah enak jika dimakan bertemankan air teh Tarik. Teh Tarik disini saya harus akui antara yang paling enak pernah saya minum ditambah pula ia dihidangkan menggunakan plastik ikat tepi.

Hidangan pencuci mulut menjadi menutup buka puasa anda di Rajawali Coffee House. Pilihan buaha-buahan tempatan seperti Nangka, Cempedak, Ciku, Dokong dihidangkan kepada anda. Pilihan minuman juga tidak mengecewakan seperti Sirap Bandung, Sirap Selasih, Kacang Soya, Air Mata Kucing, Air Asam Boi dan sebagainya.









Ayuh sekali sekala panjangkan langkah anda dengan menikmati seleksi masakan tradisi sempena Bufet Ramadan 2018 di Rajawali Coffee House Hotel Awana Resorts World Genting bermula 18 Mei hingga 13 Jun 2018 diikuti pula Bufet Aidilfitri pada 15 dan 16 Jun 2018. Harga yang ditawarkan adalah RM110 net (dewasa) dan RM55 net (kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dan warga emas). Sebarang tempahan sila emailkan di awana.rajawali@rwgenting.com atau hubungi 03-64369000 / 019-3880390.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #RESORTSWORLDGENTING #RAJAWALICOFFEEHOUSE #BUFETRAMADAN2018

0 Comments