MENANGI HADIAH UTAMA PROTON X70 - PERADUAN YEO’S RAYA BERGAYA 2019






Bulan Ramadan bulan cukup istimewa. Saya dapat menikmati amalan sahur, iftar, tarawikh, moreh dan banyak lagi. Bila tiba bulan puasa ini, pastinya bazaar Ramadan menjadi meriah dengan pilihan juadah berbuka puasa. Tidak lengkap juadah berbuka puasa saya sekeluarga tanpa minuman Soya Cincau dan Laici daripada Yeo’s. Nikmat meneguk minuman ini saat berbuka puasa sukar diungkap dengan kata-kata. Sejak kecil, jenama Yeo’s sudah menjadi menu wajib kami berbuka puasa dan bersahur. Walaupun saya sudah meniti usia menjangkau 40-an, Yeo’s selalu menceriakan momen menjamu selera saya dan keluarga. Saya percaya, Yeo’s juga sudah berjaya menambat hati dan selera setiap rakyat Malaysia.






Bagi menyemarakkan sambutan Ramadan dan seterusnya Syawal pada tahun 2019 ini, Yeo’s Malaysia menganjurkan peraduan Yeo’s Raya Bergaya buat anda semua rakyat Malaysia. Hadiah yang ditawarkan pada tahun ini bukan calang-calang! Hadiah utama merupakan sebuah kereta Proton X70 bakal menanti pemenang bertuah. Manalah tahu mungkin tahun 2019 menjadi tahun buat anda, boleh beraya dengan kereta baru! Selama 8 minggu, bermula 15 April sehingga 9 Jun 2019, sebanyak 25 pemenang akan dipilih secara cabutan untuk memenangi duit raya sebanyak RM500. Paling seronok sekali adalah hadiah cabutan utama bakal memandu pulang kereta SUV paling laris di Malaysia, Proton X70.


Cara untuk menyertainya cukup mudah! Apa yang anda perlukan lakukan adalah:

LANGKAH 1:

Beli mana-mana makanan (makanan dalam tin, sos, mi) dan/atau minuman Yeo’s, dan/atau Cintan (Produk Yeo’s) dan/atau Justea ( Product Yeo’s) dan/atau Tong Nam (Produk Yeo’s) bernilai RM 8.00 di dalam satu Resit Rasmi. Wajib minima satu minuman Yeo’s dalam botol. (1 resit = 1 penyertaan peraduan).

Resit Rasmi kedai mesti dicetak dengan jelas jenama Produk Yeo’s bersama nilai pembelian yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan.

LANGKAH 2:

Buka aplikasi WhatsApp anda, muat naik gambar resit rasmi pembelian dan taip (Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi).

Lampiran foto hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:-
  • Gambar hendaklah menunjukkan dengan jelas nama kedai, tarikh, nombor Resit Rasmi, kuantiti dan nilai pembelian Produk Yeo’s. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima.
  • Gambar-gambar hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan. 

LANGKAH 3:

Hantar penyertaan melalui aplikasi WhatsApp ke nombor telefon 012-2124873.

Peserta Layak akan menerima satu notifikasi rasmi melalui aplikasi WhatsApp dari Penganjur dalam 1 hingga 3 hari bekerja bagi setiap penyertaan yang diterima.

LANGKAH 4:

Simpan Resit Rasmi pembelian untuk tujuan pengesahan.



Menarik bukan! Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini dengan menyertai peraduan Yeo’s Raya Bergaya. Anda boleh melayari laman sesawang www.yeos.com.my atau laman media sosial rasmi Yeo’s Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.




Yeo’s Soya 1 liter untuk Seisi Keluarga!


Cukup kisah peraduan Yeo’s Raya Bergaya! Saya cukup teruja untuk berkongsi dengan anda bahawa pada tahun ini, Yeo’s mencipta kelainan dengan menghasilkan botol berkapasiti 1 liter. Menariknya, penghasilan botol ini melalui proses pengisian sejuk agar kandungan air dalam botol Yeo’s ini kekal segar sentiasa. Selain itu, rekabentuk botol 1 liter baru dari Yeo’s mudah digenggam tapak tangan seterusnya mengelakkan ia daripada mudah tumpah. Saiz botol baru ini mudah disimpan serta mudah alih. Malah bahan yang digunakan dalam pembuatan botol Yeo’s 1 liter baru ini boleh dikitar semula.

Apa yang pasti, jenama Yeo’s tetap unggul sebagai jenama minuman paling digemari oleh seluruh rakyat Malaysia. Hampir setiap keluarga menyimpan produk Yeo’s di dapur kerana Yeo’s adalah jenama yang diyakini sejak dulu lagi. Sudah tentu Yeo’s pakar dalam menyerikan seisi keluarga sewaktu bersahur dan berbuka puasa. Jangan lupa untuk melayari http://www.yeos.com.my/yeos-peraduan-raya-bergaya !


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #YEOSMALAYSIA #YEOSRAYABERGAYA #YEOSRAMADAN

2 Comments

  1. syoknyaaaa. Memang peminat air jus dalam botol tu.Selalu juga beli tuuu. Okay nak masuk lah jugek,kot2 ada rzeki dengan YEOS

    ReplyDelete