THE PEARL KUALA LUMPUR SAJI WARISAN NUSANTARA SEMPENA BUFET RAMADAN 2019






Bulan Ramadan kembali lagi! Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa untuk kesekian kalinya. Sambil kita menunaikan kewajipan, sesekali tidak salah rasanya kita beri ganjaran pada diri dengan menikmati sajian enak bufet Ramadan bukan? Saya tahu anda semua pasti tak keruan memilih lokasi bufet Ramadan mana yang berbaloi buat dompet anda kerana lambakan promosi bufet Ramadan disana sini. Anda mahupun bufet yang sedap dan harga berpatutan bukan? Barangkali The Pearl Kuala Lumpur sesuai untuk anda!







Hotel The Pearl Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Klang Lama tidak ketinggalan untuk menyemarakkan aktiviti berbuka puasa dengan menawarkan seleksi bufet Ramadan bertemakan Sajian Warisan Nusantara. Pada tahun ini, pihak The Pearl Kuala Lumpur membawakan lebih 100 pilihan juadah berbuka puasa. Sebagai info, The Pearl Kuala Lumpur dianugerahkan sebagai Best Muslim-Friendly Hotel oleh JAKIM dan juga pernah mendapat pengiktirafan di Asia Halal Awards 2017.









The Pearl Kuala Lumpur membawakan konsep bufet dan juga gera-gerai. Antara yang mencuri perhatian saya adalah menu Shell Out Ala Asian. Selain itu, pihak hotel turut menyediakan sudut kerabu yang anda boleh buat sendiri mengikut selera anda yang jarang saya temui di mana-mana bufet Ramadan sebelum ini. Banyak lagi gerai seperti gerai gorengan, gerai Sate, gerai Aneka Sup, Gulai Kawah, Sate Celup dan banyak lagi.














Selain itu, menu lain yang wajib cuba adalah Nasi Briyani (Ayam & Kambing), Nasi Mandi (Ayam & Kambing), Kambing Golek, Ayam Panggang, Gulai Daging Bunga Kantan, Singgang Lemak Ikan Selar, Ayam Tauchu Pedas, Pajeri Epal Hijau, Sambal Sotong, Kurma Telur.






















Pencuci mulut? Wajib ada! Anda boleh mencuba seleksi kuih muih Melayu yang cukup asli rasanya. Selain itu, aneka Bubur, buah-buahan, Ais Kacang, Cendol, Lai Chi Kang dan sebanyaknya.















Harga yang ditawarkan pada saya cukup berbaloi dengan kualiti rasa dan seleksi pilihan juadah iaitu RM72++* (harga biasa adalah RM120++) bagi dewasa dan RM35+ bagi kanak-kanak berusia 5-12 tahun. Pihak The Pearl Kuala Lumpur juga menawarkan promosi Sahur berharga RM35 seorang dengan pilihan menu menarik.

Sepanjang tempoh berbuka puasa, anda akan dihiburkan dengan persembahan tradisional daripada kumpulan Ghazal.



Bufet Ramadan 2019 Sajian Warisan Nusantara The Pearl Kuala Lumpur bermula dari 10 Mei 2019 sehingga 2 Jun 2019 dan bermula pada pukul 6.30 petang sehingga 10 malam di Aras 5. Hubungi +603-7983111 samb. 3205/8945 atau menerusi aplikasi Whatsapp di +6016-3319375 untuk tempahan dan pertanyaan lanjut.

*Tertakluk kepada terma dan syarat



LAMAN WEB RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THEPEARLKUALALUMPUR #TPKL #BUFETRAMADAN2019 #SAJIANWARISANNUSANTARA

0 Comments