VRINITY VIRTUAL CENTRE OF EXCELLENCE TAWAR 8 PERMAINAN REALITI MAYA (VR) TEKNOLOGI KOREA SELATAN, KINI DIBUKA DI ISKANDAR PUTERI!







Realiti maya (virtual reality) bukan lagi sesuatu yang asing di negara kita. Ia boleh saya katakan salah satu bentuk kemajuan dalam bidang teknologi kerana jika dulu kita hanya bisa melihat visual sekadar di skrin komputer tapi dengan realiti maya, anda boleh berinteraksi dengan paparan tersebut dengan menggunakan peranti khas. Teknologi VR ini mewujudkan persekitaran simulasi menyerupai dunia sebenar sebagai contoh, simulasi bagi juruterbang atau latihan tempur, atau ia boleh berlainan sama sekali berbanding alam sebenar. Begitu hebatnya teknologi realiti maya ini (VR).

Baru-baru ini, saya berpeluang menyaksikan pembukaan rasmi VRINITY- VIRTUAL CENTRE OF EXCELLENCE telah disempurnakan oleh Yang Berhormat YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan Dan Utiliti Negeri Johor.














Vrinity yang beroperasi di Mall of Medini, Iskandar Puteri di dalam premis berkeluasan 5 ribu kaki persegi menempatkan pusat permainan berteraskan realiti maya (VR) menggunakan teknologi terkini dari Korea termasuk platform bergerak, simulator perlumbaan, latihan tempur, dan sukan.









Sebagai info, Vrinity adalah projek di bawah kendalian Virtua Realms Sdn Bhd, sebuah syarikat usaha sama diantara Iskandar Innovations Sdn Bhd (ahli kumpulan syarikat Iskandar Investment Berhad dan KT Corporation, sebuah syarikat dari Korea yang memang pakar dalam penghasilan teknologi VR/AR. Vrinity adalah projek global pertama yang menggunapakai teknologi yang diuruskan oleh KT Corporation.Pembangunan Vrinity ini telah menelan belanja sebanyak USD 2 juta merupakan satu lagi tarikan terbaru di Iskandar Puteri selepas Legoland Malaysia Resort, SANRIO Hello Kitty dan Thomas Town.

Vrinity menawarkan 8 permainan realiti maya (Virtual Reality) menggunakan teknologi terkini termasuk 2 permainan utama iaitu Special Force VR Ace dan Black Badge: Signal.




SPECIAL FORCE VR: ACE




  • PEMAIN: 1-4 ORANG (SUPPORTS MULTIPLAYER PVP WITH 4 PLAYERS INCLUDING AI 8 PLAYERS)
  • PERMAINAN VR E-SUKAN PERTAMA KOREA 
  • UMUR: 12 TAHUN KE ATAS 
  • BERKONSEPKAN VR SURVIVAL GAME YANG MEMERLUKAN STRATEGI, KUASA DAN TUMPUAN PERINGKAT TINGGI 
  • MASA BERMAIN: 5-10 MINIT 


BLACK BADGE: SIGNAL



  • PEMAIN: 1-4 ORANG
  • UMUR: 12 TAHUN KE ATAS 
  • PEMAIN PERLU MENYELESAIKAN MISI MENYELAMAT KREW, KAPAL DAN DOKTOR YANG HILANG DALAM PERMAINAN INI. 


TOBOT VR



  • PEMAIN: 1-2 ORANG 
  • UMUR: 8 TAHUN KE ATAS 
  • PERMAINAN VR AKSI PERLUMBAAN DENGAN DUA PETA LALUAN 


DYNAMIC THEATRE



  • PEMAIN: 2 ORANG DALAM SATU RIDE
  • UMUR 8 TAHUN KE ATAS 
  • PERMAINAN VR ROLLER COASTER DENGAN 3 PILIHAN SENARIO UNTUK DIPILIH. 


TAEKWON V REALITY




  • PEMAIN: 1 ORANG
  • UMUR: 8 TAHUN KE ATAS 
  • ROBOT TAEKWON V ADALAH ANIMASI DARI KOREA YANG CUKUP TERKENAL DARI TAHUN 1976 
  • ANDA BOLEH MELIHAT SECARA ‘REAL’ PERTEMPURAN DIANTARA RAKSASA DAN ROBOT TAEKWON DIDALAM SIMULASI KAPAL ANGKASA. 
  • TERDAPAT DUA PILIHAN SIMULASI SAMADA GAME OR THEATRE 
  • UNTUK PILIHAN SIMULASI GAME, ANDA BOLEH MENEMBAK BATU METEOR 


WORLD WAR TOONS



  • UMUR: 8 TAHUN KE ATAS
  • PERMAINAN VR AKSI MENEMBAK SEPERTI METAL SLUG SEGA 
  • ADA 4 PERINGKAT BERBEZA 



VR SPORTS



  • PEMAIN: MENYOKONG MULTI PEMAIN
  • UMUR: 8 TAHUN KE ATAS 
  • TERDAPAT 6 PILIHAN PERMAINAN SUKAN IAITU TENIS, BADMINTON, TABLE TENNIS, MEMANAH, SKUASH DAN BASEBALL. 


VR ROOM




  • PEMAIN: 1 ORANG (TIDAK MENYOKONG MULTI PEMAIN)
  • UMUR: 8 TAHUN KE ATAS 
  • ADA 20 VARIASI GENRE UNTUK DIPILIH SEPERTI AKSI, TEMBAK-MENEMBAK, PERTAHANAN, STRATEGI DAN PENGEMBARAAN. 



Harga yang ditawarkan untuk permainan VR di Vrinity ini adalah mengikut permainan. Sempena dengan pembukaan rasmi Vrinity, harga istimewa ditawarkan kepada pengunjung dimana anda boleh bermain kesemua permainan. Harga tiket ALL YOU CAN PLAY bagi kanak-kanak berusia 6-8 tahun, harga adalah RM 69 bagi pemegang MyKad manakala RM 83 untuk bukan pemegang MyKad manakala bagi pengunjung berusia 9 tahun ke atas, harga yang ditawarkan adalah RM 83 bagi pemegang MyKad dan RM 98 bagi bukan pemegang MyKad. Jika anda sekadar mahu bermain permainan tertentu sahaja, pihak Vrinity turut menawarkan harga promosi buat anda! Harga Promosi ini adalah untuk tempoh masa terhad!







Jadi ambil peluang untuk merasai sendiri pengalaman realiti maya di Vrinity. Saya sendiri sudah mencuba dan apa yang saya boleh katakan, it’s super amazing! Terasa seperti berada di alam nyata walaupun ianya sekadar simulasi. Jika anda berada di Johor, jangan lupa untuk singgah di Vrinity kerana pasti berbaloi!



LOKASI VRINITY 
LOT G27-G29, 
GROUND FLOOR, MALL OF MEDINI, 
NO. 4, LEBUH MEDINI UTARA, 
MEDINI ISKANDAR MALAYSIA, 
79250 ISKANDAR PUTERI, 
JOHOR DARUL TAKZIM. 
-

WAKTU OPERASI: 

SETIAP HARI (10 PAGI - 10 MALAM) 

-

TELEFON: 06-5678901 

-

EMEL: hello@vrinity.com 

-

LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #VRINITY #VRCOE #IIBKTCORP

0 Comments