PHO STREET MALAYSIA TAWAR MENU ASLI DARI VIETNAM, IANYA MUSLIM-FRIENDLY!






Kadang kala rasa bosan asyik menjamah menu yang lebih kurang sama. Sarapan pagi dengan Nasi Lemak, menu tengahari pula Nasi Berlauk, makan malam kadang-kadang Mee Goreng, tak pun makan menu barat. Sesekali apa lah salahnya tekak mendapat menu yang jarang kita dapat rasai. Contohnya menu dari negara Asean. Kalau menu Indonesia tu memang mudah sekali untuk didapati di bandar Kuala Lumpur. Menu dari negara Vietnam?

Saya tahu ada dikalangan anda yang suka mencuba menu baru terutamanya di luar dari Malaysia. Namun isu mendapatkan premis makanan berstatus halal membantutkan hasrat ini. Saya ambil contoh menu dari Vietnam. Saya rasa boleh dikira dengan jari bilangan restoran atau kafe yang menyediakan sajian dari negara Vietnam khususnya yang halal. Kalau sebut tentang makanan Vietnam, terus terlintas di kepala menu Pho (Vietnamese Noodle Soup), Summer Roll (Popia lutsinar) dan Kopi Vietnam. Saya sukakan menu asli Vietnam kerana kalau diperhatikan makanan mereka boleh saya kategorikan healthy food. Mereka banyak menggunakan sayuran, herba asli, sumber protein dari daging lembu dalam masakan dan kebanyakkan hidangan adalah jenis bersup.

Bicara soal makanan Vietnam halal, anda pernah dengar restoran Pho Street? Dahulu restoran yang menghidangkan Vietnamese street food ini tidak halal, namun kini anda tidak perlu khuatir kerana Pho Street diyakini halal dan selamat untuk dinikmati oleh pelanggan beragama Islam. Walaupun pihak Pho Street masih menunggu maklum balas daripada pihak Jakim berkenaan permohonan sijil Halal, tapi pihak Pho Street sudah melakukan proses Sertu dikesemua dapur cawangan mereka. Pasti ramai yang tertanya-tanya apa itu proses Sertu? Bersertu pula adalah cara bersuci daripada najis mughalazah iaitu anjing dan khinzir dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali dan salah satu padanya air tanah sama ada najis tersebut najis aini atau najis hukmi. Sama ada terkena pada pakaian, badan, atau tempat.







Saya sempat mencuba beberapa menu asli dari Vietnam di Pho Street cawangan MyTOWN Shopping Centre Cheras baru-baru ini. Setibanya saya di perkarangan premis, saya terpesona dengan hiasan dalaman Pho Street disini. Hiasan dinding dengan latar belakang kehidupan harian di Vietnam dan gantungan bakul rotan menaikkan mood saya. Layanan yang diberikan oleh staff disini juga cukup mesra.




  







FRESH SUMMER ROLL WITH PRAWN & FRESH HERBS
Menu snek ini adalah Vietnamese signature dish. Anda boleh lihat padatnya isi yang disumbat di dalam popia lutsinar ini dengan isi udang segar dan dilengkapkan dengan herba segar. Lazat dan sihat!



CRISPY SPRING ROLL 
Saya jatuh cinta dengan menu snek yang satu ini. Isi ayam disalut tepung rangup memang terangkat habis! Jangan lupa cicah bersama sos cili dari Vietnam untuk lengkap kan rasa!



VIETNAMESE COFFEE / PASSIONFRUIT & BASIL MOJITO 
Tidak sah ke Vietnam kalau tidak pekena kopi Vietnam. Rasa kopi nya cukup berbeza, unik dan manis. Jika anda tidak sukakan kopi, mojito halal ini sudah cukup untuk menceriakan hari anda!



PHO BEEF COMBINATION 
Pho adalah makanan popular di Vietnam. Di Pho Street, hidangan Pho bersama gabungan daging lembu seperti bebola daging, kepingan daging, Shank daging, tendon daging dan perut lembu yang telah direnek berjam-jam untuk mendapatkan rasa manis dari isi daging dan sebati dalam sup. My favourite!



ROASTED LEMONGRASS CHICKEN WITH FRAGRANT RICE 
Tidak sukakan menu bersup, tidak mengapa! Anda boleh mencuba menu ayam panggang dimasak menggunakan serai bersama nasi wangi. Saya sukakan rasa ayamnya yang cukup rasa dan juicy!



SWEET CORN DESSERT WITH COCONUT CREAM 
Penutup hidangan pastinya pencuci mulut yang lemak berkrim disukai ramai! Boleh cuma jagung manis bersama lemak santan ini. Manis ada, lemak ada, lengkap dan penuh nikmat!




Secara peribadi, saya sukakan menu Vietnam yang ditawarkan di Pho Street. Saya pernah ke Ho Chi Minh dan mencuba makanan tempatan disana, ternyata rasanya masih sama. Ini kerana ketua chef Pho Street dibawakan khas dari Vietnam, jadi kualiti rasa asli masakan memang dijaga. Jadi kepada anda diluar sana yang ingin beralih selera, barangkali boleh mencuba sajian asli Vietnam dari Pho Street.



LOKASI PHO STREET MYTOWN SHOPPING CENTRE 
L3-043, MYTOWN SHOPPING CENTRE, 
JALAN COCHRANE CHERAS, 
SEKSYEN 90, 
55100 KUALA LUMPUR 
(STESEN MRT TERDEKAT ADALAH STESEN COCHRANE) 

-

WAKTU OPERASI: 

SETIAP HARI (10 PAGI – 10 MALAM) 

-

TELEFON: 03-2733 7950 

-

LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 




#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PHOSTREETMY #WEAREPHOEVERYONE


0 Comments