IFA RAZIAH SYOK SENDIRI GELAR DIRI MISS DIVA?






Bagi yang mengikuti industri seni Malaysia pasti mengenali figura bernama Ifa Raziah. Selebriti yang pernah beberapa kali dinobat sebagai artis versatil Malaysia ini tidak pernah kenal erti lelah untuk terus mengekalkan namanya dalam dunia seni. Namakan saja dari menyanyi, mengacara, berlakon, bisnes, selagi ada peluang, Ifa Raziah tidak akan sia-siakan bakat yang dimiliki demi minat. Saya tabik dengan semangat juang beliau yang tidak jemu-jemu dalam menyemarakkan dunia seni walaupun artis BBNU muncul bertalu-talu saban waktu.

Terbaru, Ifa Raziah tampil dengan single terbaru berjudul Miss Diva hasil ciptaan dua komposer terkemuka iaitu Hafiz Hamidun dari Malaysia dan Ressa Herlambang dari Indonesia. Beliau yang dikenali sebagai penyanyi dangdut sebelum ini tampi berbeza dengan lagu Miss Diva yang bergenre Pop Dance. Sewaktu hadir di majlis pelancaran rasmi lagu Miss Diva yang telah berlangsuing di New World Petaling Jaya Hotel baru-baru ini, beliau menjelaskan, single Miss Diva ini istimewa kerana proses menghasilkan lagu ini memakan masa lama. Walaupun melodi asal lagu ini sudah dicipta awal oleh Ressa Herlambang, Ifa Raziah mendapatkan bantuan Hafiz Hamidun dalam memberi warna dalam komposisi lagu ini. Walaupun beliau mengakui yang diri ini cerewet, tetapi ianya berbaloi kerana lagu ini berjaya disiapkan mengikut kehendak Ifa sendiri. Katanya lagi, susah untuk mendapatkan komposer yang serasi namun Ifa Raziah cukup selesa berkerja dengan Hafiz Hamidun yang faham cara beliau bekerja dan mampu mencorakkan lagu yang sesuai dengan suara Ifa Raziah.









Sempat ditanya, kenapa tajuk Miss Diva yang menjadi pilihan? Tidak takut netizen menggelar diri sebagai syok sendiri ke? Jelasnya, title Miss Diva ini diberikan oleh peminat malah bila bertemu dengan peminat, mereka sering memanggil Ifa dengan gelaran itu sehingga ia sudah sebati dalam diri. Tajuk lagu ini bukan beliau yang pilih namun Ressa Herlambang sendiri yang memilih untuk dijadikan sebagai tajuk single terbaru ini.









Pada majlis sama, video muzik Miss Diva turut dilancarkan secara rasmi. Video muzik ini mendapat sentuhan hebat daripada pengarah muda berbakat besar, Syahid Rushdan. Menariknya, pengambaran video muzik ini hanya mengambil masa 24 jam untuk disiapkan. Kata Syahid, beliau cukup kagum dengan semangat dan tenaga Ifa Raziah sewaktu sesi pengambaran video muzik ini kerana walaupun Ifa kurang sihat pada waktu itu, beliau berjaya menghabiskan pengambaran pada waktu yang ditetapkan. Menelan bajet lebih RM 100 ribu, Ifa Raziah dijelmakan sebagai ratu jahat persis Queen Raveena lakonan Charlize Theron dalam filem Snow White and the Huntsman. Jelas Ifa, watak ini sekadar lakonan sahaja untuk memberitahu Miss Diva adalah seorang yang hebat dan ‘meletup’.


Video muzik ini juga turut mendapat tajaan daripada BQueen Beauty Spa dan pada masa sama, Ifa Raziah cukup berbesar hati diberi peluang untuk mengenakan barangan kemas bernilai RM3.5 juta tajaan Cerels Jewels. Set tiara yang dipakai Ifa dalam video muzik ini dihasilkan daripada 1400 butir permata jenis Aquamarine bernilai RM 3 juta, set anting-anting bernilai lebih RM 300 ribu dan dua bentuk cincin bernilai RM 65 ribu.

Lagu Miss Diva yang juga merupakan single ke-8 Ifa Raziah boleh didengar di semua platform penstriman muzik dan video muzik Miss Diva boleh ditonton di laman Youtube.

KREDIT FOTO: BUDAK TADIKA




#REEFISM #REEFISMTERRITORY #IFARAZIAH #MUZIK

1 Comments