LAMAN SENI SAFARI JEJAK WARISAN KLANG, DEKAT KLANG PUN ADA MURAL CANTIK DAN INSTA-WORTHY!






Sebut tentang Klang mesti fikir ia bandar yang membosankan. Bandar Diraja Klang yang terletak berhampiran dengan Pelabuhan Klang ini sebenarnya menyimpan pelbagai khazanah menarik untuk diteroka dari tempat bersejarah sehingga tempat makan sedap dan menarik. Malah anda juga boleh menyertai jelajah Royal Klang Heritage Walk secara percuma yang diadakan setiap hujung minggu dimana ia akan membawa anda menyusuri tinggalan sejarah sambil mengambil bingkisan foto sebagai kenangan-kenangan.







Sebagai info, Bandar Klang cukup terkenal sebagai lokasi yang mempunyai antara Pelabuhan tersibuk di Malaysia. Nama Klang berasal daripada Bahasa Mon-Khmer iaitu ‘Klong’ yang bermaksud gudang, maka Bandar Klang sememangnya cukup sinonim sebagai pusat perniagaan dan perdagangan sejak tahun 1800 lagi. Tahukan anda Bandar Klang merupakan antara bandar tertua di Malaysia?

Kalau anda ke Bandar Klang, antara lokasi yang wajib singgah adalah di bandar Lama Klang. Disini terdapat deretan pelbagai kedai yang menjual produk khusus untuk masyarakat India dan kawasan ini diberi nama Little India Klang terletak di Jalan Tengku Kelana. Alang-alang sudah ada di kawasan ini, anda patut singgah untuk bergambar di mural yang baru sahaja dihasilkan di sepanjang lorong belakang deretan kedai-kedai ini.














Dipanggil dengan nama Laman Seni Safari Jejak Warisan Klang, ia telah dirasmikan oleh Datuk Zainal Abidin Abu Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 5 Jun 2020. Anda sudah pasti akan terpesona dengan hasil seni lukisan pelbagai jenis haiwan sehingga terasa seperti berada dalam safari sebenar. Ambil masa dan rakam setiap momen kerana setiap mural disini memiliki pesona tersendiri. 







Jadi kalau anda berada di Klang Selangor, jangan lupa untuk singgah di Safari Walk ini. Boleh penuhkan gambar cantik di Instagram anda kerana ianya sangat Insta worthy! 


LOKASI LAMAN SENI SAFARI KLANG 
26, JALAN TENGKU DIAUDIN, 
KAWASAN 1, 
41000 KLANG, SELANGOR.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #CUTICUTIMALAYSIA #KLANGDIHATIKU

2 Comments

  1. best nya! nanti nak juga la pergi Klang...best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi Klang wajib singgah Laman Seni Safari ni tau!

      Delete