FAKTA WASHINGTON BLUEBERRY YANG MUNGKIN RAMAI TIDAK TAHU !






Dalam dunia ini terdapat pelbagai jenis buah-buahan. Antara buah yang menjadi kegemaran ramai adalah buah beri. Buah beri mempunyai banyak jenis seperti strawberi, cranberi, rasberi dan beri biru atau blueberry. Tidak dinafikan bahawa setiap jenis dalam keluarga beri ini mempunyai khasiat dan nutrisi yang baik untuk tubuh badan manusia dan ini termasuklah Washington blueberry.

Tahukan anda bahawa Washington blueberry tergolong dalam kategori superfood? Apa itu superfood? Ia adalah istilah pemasaran untuk makanan yang diandaikan memberikan manfaat kesihatan yang dihasilkan dari kepadatan nutrien yang luar biasa. Secara ringkasnya atau bahasa mudah, superfood adalah adalah makanan kaya nutrien yang dianggap sangat bermanfaat untuk kesihatan.






Kajian telah membuktikan bahawa Washington blueberry mempunyai sumber vitamin C yang baik dan tinggi kandungan mangan. Vitamin C amat penting bagi pekembangan tisu dan penyembuhan luka. Mangan adalah sejenis mineral yang dapat membantu badan untuk memproses kolestrol dan nutrien dalam badan seperti karbohidrat dan protein. Selain itu, Washington blueberry juga adalah sumber serat yang baik dimana satu cawan blueberry ini menyediakan 3.6-gram serat. Serat ini mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dan menjadikan anda cepat kenyang.

Kebaikan Washington blueberry tidak terhenti disitu. Satu cawan penuh Washington blueberry menghasilkan 80 kalori per hidangan, rendah lemak dan sodium. Blueberry Washington juga mempunyai fitonutrien yang disebut polifenol. Kumpulan ini merangkumi antosianin, yang merupakan sebatian yang memberikan warna biru kepada blueberry. 






Washington blueberry yang mempunyai rasa manis semulajadi dan kaya dengan nutrisi ini banyak terdapat di Amerika Syarikat. Sebagai info, Amerika Syarikat merupakan pengeluar blueberry terbesar didunia dimana Washington D.C menjadi negeri pengeluar terbesar. Ini adalah disebabkan oleh keadaan muka bumi disana yang cukup ideal untuk penanaman blueberry ini. Pada 2016 sahaja, jumlah penuaian Washington blueberry mencapai 120 juta pounds. 











FROZEN BLUEBERRIES VS FRESH BLUEBERRIES 


Apa perbezaan diantara Washington blueberry segar dan sejuk beku? Blueberry segar hanya terdapat pada musim panas sahaja manakala jenis sejuk beku boleh didapati sepanjang tahun. Malah anda boleh menyimpan Washington blueberry ini didalam peti ais dan nyah beku bila-bila masa anda mahu guna. Menariknya, kajian menunjukkan bahawa jika blueberry dibekukan dalam masa 3 bulan, ia mempunyai kandungan antioksidan lebih tinggi dari biasa. Kajian dari South Dakota State University pula mendapati bahawa blueberry yang disejukbeku menghasilkan aktioksidan lebih berkuasa untuk tubuh badan. Ini disebabkan oleh Antisianin, kandungan antioksidan yang menghasilkan warna biru pada beri dimana apabila beku, kristal ais kecil mengganggu struktur sel yang seterusnya memudahkan sistem kita mengakses antosianin yang terdapat di dalam kulit.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan anda untuk mengambil sayuran dan buah-buahan pelbagai warna dalam pemakanan harian untuk mendapatkan zat fitonutrien. Jadi blueberry adalah pilihan terbaik untuk mendapatkan zat berwarna biru ungu dalam diet anda. KKM juga mensyorkan orang ramai untuk mengamalkan cara pemakaian Suku Suku Separuh” sebagai panduan pemakanan yang sihat dimana separuh pinggan untuk sayur dan buah, suku untuk gandum dan suku lagi untuk protein.

Banyak cara mudah dan segera untuk menghasilkan resipi berasaskan Washington Blueberry ini. Antaranya makan bersama bijirin, oat, salad atau menghasilkan smoothie. Anda juga boleh menghasilkan menu seperti mufin, roti, daging burger, bebola daging menggunakan Washington blueberry bagi mengurangkan penggunaan daging. Lagi mudah, anda boleh jadikan Washington blueberry sebagai snek. Atau anda juga boleh menghasilkan sos mengggunakan Washington blueberry ini sebagai penambah selera pada makanan anda.

Saya kongsikan 2 buah resipi berasaskan Washington Blueberry yang telah dihasilkan oleh pakar diet terkenal tanahair, Indra Balaratnam iaitu Washington Blueberry Rehydrator dan Washington Blueberries Wholewheat Waffles.


WASHINGTON BLUEBERRY REHYDRATOR

HIDANGAN: 1 orang




BAHAN-BAHAN:
  • ½ cawan Washington blueberry sejuk beku
  • 250 ml air kelapa 
  • 1 pisang beku atau ½ pisang beku bersaiz besar 

CARA PENYEDIAAN: 
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar smoothie
  2. Kisar hingga tekstur halus 
  3. Sedia dihidang 

Nutrient Analysis (per serving):
Calories: 160
Protein: 3g
Total fat: 1 g
Saturated fat: 0g
Carbohydrates: 38g
Dietary fiber: 7g
Cholesterol: 0mg
Sodium: 254 mg
Vitamin C: 20mg
Vitamin A: 92 IU
Calcium: 66mg
Iron: 1.1mg




WASHINGTON BLUEBERRIES WHOLEWHEAT WAFFLES

(Boleh menghasilkan 6 keping wafel bersaiz segi empat tepat) 



BAHAN-BAHAN: 
  • 1 cawan Washington Blueberries sejuk beku
  • 1 ½ cawan tepung atta (whole wheat flour) 
  • 3 sudu teh serbuk penaik 
  • ½ sudu teh garam 
  • 340 ml susu rendah lemak 
  • 2 biji telur (dipukul rata) 
  • 3 sudu besar minyak sayuran 
  • 2 sudu besar badam kasar 

CARA PENYEDIAAN: 
  1. Masukkan telur yang telah dipukul, susu rendah lemak dan minyak sayuran ke dalam mangkuk besar dan kacau rata.
  2. Dalam mangkuk berbeza, campur kan tepung atta (whole wheat flour), serbuk penaik dan garam. 
  3. Campuran kedua-dua adunan diatas ke dalam satu mangkuk dan gaulkan sehingga adunan menjadi halus. 
  4. Masukkan badam kasar 
  5. Masukkan blueberry dan kacau perlahan adunan tadi (Jangan kacau berlebihan supaya blueberry tidak hancur sepenuhnya). 
  6. Panaskan pembakar wafel. 
  7. Tuangkan bancuhan keatas pembakar wafel dan masak sehingga warna menjadi kuning keemasan. 

Nutrient Analysis (per rectangular waffle):
Calories: 238
Protein: 8g
Total fat: 11g
Saturated fat: 2g
Carbohydrates: 29g
Dietary fiber: 4g
Cholesterol: 59mg
Sodium: 244mg
Vitamin C: 1mg
Vitamin A: 200 IU
Calcium: 201mg
Iron: 2mg




Menarik bukan? Bukan sahaja sedap, malah anda boleh mendapat khasiat Washington blueberry menerusi dua resipi ini. Jadi apa tunggu lagi! Anda boleh mendapatkan Washington blueberry segar, beku atau kering di mana-mana pasaraya seluruh Malaysia.


NOTAKAKI: 
  1. U.S. Department of Agriculture, Agricultural Research Service. FoodData Central, 2019. fdc.nal.usda.gov.
  2. USDA Database for the Flavonoid Content of Selected Foods, Release 3.1 (2014). 
  3. MedLine Plus Database: Vitamin C. 
  4. MedLine Plus Database: Manganese. 
  5. Medline Plus Database: Dietary Fiber. FDA Guidance for Industry: A Food Labeling Guide (11. Appendix C: Health Claims). 
  6. Ministry of Health Malaysia. Dietary Guidelines for Malaysians 2010 
  7. Ministry of health Malaysia MyHealthy Plate (#sukusukuseparuh) 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #WASHINGTONBLUEBERRIES #WASHINGTONBLUEBERRYGOODNESS #HEALTHYBLUEBERRIES


2 Comments

  1. Buah blueberry memang leya suka.. Memang kalau beli, selalu buat smoothie tu..hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus kan Washington blueberries ni! Sedap dan sihat!

      Delete