RESPEK ABANG NI! DAH ADA KERJA TETAP PUN MASIH NAK KERJA SEPARUH MASA (PART TIME) SEBAGAI BATERIKU HERO!

Pengalaman beli bateri kereta dengan Bateriku.com dan info mengenai program Bateriku Hero untuk jana pendapatan tambahan



Bayangkan bila dah siap-siap nak keluar, masuk saja dalam kereta nak hidupkan enjin, tiba-tiba kereta tak mahu hidup. Alamak! Tengok-tengok masalah bateri. Bateri kong ke? Itulah pengalaman yang saya alami baru-baru ini. Aduhai! Kenapa lah bateri kong dikala saya ada urusan penting! Setiap minggu memang rutin saya akan ke pasaraya untuk beli barang keperluan dapur dan kebetulan esoknya dah berjanji nak masak menu istimewa untuk diberikan kepada rakan-rakan. Panik juga sebab saya tak tahu sama ada wujud kedai bateri di kawasan perumahan saya. Itu satu hal, kemudian fikir juga mana nak cari bateri kereta murah dekat kawasan KL dan Selangor ni? Kali terakhir tukar bateri Proton Exora saya ni beberapa tahun lepas dan harganya boleh tahan! Cuba mesej kakak saya suruh tanyakan abang ipar sebab dia pakar bab-bab ini. Terus dia cadangkan untuk guna servis Bateriku.com sebab mereka akan datang periksa bateri kereta kita dan buat servis penghantaran bateri kereta walau dimana saja kita berada, cuma muat turun aplikasi Bateriku.com, daftar akaun dan terus boleh guna!
 



CARA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BATERIKU.COM

Pengalaman beli bateri kereta dengan Bateriku.com dan info mengenai program Bateriku Hero untuk jana pendapatan tambahan



Apa-apa pun, sila muat turun aplikasi Bateriku.com di telefon pintar anda kerana ia tersedia untuk kedua-dua pengguna Android dan juga iPhone. Setelah itu, daftar akaun dengan mengisi beberapa butiran diri dan siap! Anda boleh terus guna aplikasi Bateriku.com ini.


Pengalaman beli bateri kereta dengan Bateriku.com dan info mengenai program Bateriku Hero untuk jana pendapatan tambahan


Untuk memanggil wakil Bateriku.com datang ke tempat anda, sila pergi ke bahagian Menu dan pilih Book Your Battery. Seterusnya, tetapkan lokasi penghantaran, model kereta dan secara automatik aplikasi Bateriku.com akan membuat cadangan bateri kereta yang sesuai dengan model kereta anda. Menariknya, setiap bateri mempunyai jaminan selama 18 bulan. Anda juga boleh membuat tetapan sama mahu trade in bateri lama atau tidak jika anda memilih ya, diskaun akan diberikan untuk bateri baru anda. Anda boleh tetapkan masa untuk pihak Bateriku.com datang ke tempat anda dan pada masa sama anda boleh jejak lokasi Bateriku.com Mobile Technician (Motec) atau Bateriku Hero ini berada sepanjang ia menuju ke tempat anda untuk car battery delivery. Senang dan mudah bukan!


Pengalaman beli bateri kereta dengan Bateriku.com dan info mengenai program Bateriku Hero untuk jana pendapatan tambahan

Pengalaman beli bateri kereta dengan Bateriku.com dan info mengenai program Bateriku Hero untuk jana pendapatan tambahan



Berbalik kepada cerita saya pasal car battery ini. Setelah saya memuat turun aplikasi Bateriku.com dan daftar akaun, saya terus pilih lokasi dan jenis kereta Proton Exora dan aplikasi ini terus memberi senarai jenis bateri untuk dipilih. Saya memilih bateri jenis PLATIN kerana bateri ini paling murah dan ada jaminan selama 18 bulan. Menariknya, selepas status tempahan berjaya (booking successful) tak sampai 30 minit kemudian pihak Bateriku.com sampai. Tanpa buang masa Bateriku Hero ini terus memeriksa kondisi bateri kereta saya. Sambil-sambil sempat juga saya berbual dan bertanya soalan, dan ternyata Bateriku Hero bernama Encik Mohd Azmi cukup peramah dan mahir dalam berkongsi ilmu mengenai kereta. Jelas Bateriku Hero, beliau akan periksa dahulu sama ada bateri kereta betul-betul bermasalah atau tidak dan jika tidak, tiada sebarang caj akan dikenakan. Tiada paksaan juga untuk menukar bateri kereta jika bateri sedia ada masih dalam keadaan elok. Saya tergamam seketika! Serius ke ni? Bagus betul servis Bateriku.com kalau begini. Selesai periksa menggunakan alat khas, beliau dapati kondisi bateri masih dalam keadaan baik dan masalah cuma palam (plug) bateri kereta yang longgar sahaja. Akhirnya kereta saya boleh dihidupkan semula! Terima kasih Bateriku Hero!
 

Pengalaman beli bateri kereta dengan Bateriku.com dan info mengenai program Bateriku Hero untuk jana pendapatan tambahan

Pengalaman beli bateri kereta dengan Bateriku.com dan info mengenai program Bateriku Hero untuk jana pendapatan tambahan


Selesai semua, sempat lagi saya berbual dengan Bateriku Hero, biasalah orang berbudi kita berbahasa! Katanya kerjaya sebagai Bateriku Hero ini adalah sekadar kerja separuh masa (part time) sahaja dan beliau mempunyai kerjaya utama sebagai pegawai pemasaran di salah sebuah syarikat swasta. Namun disebabkan pandemik ini, gaji beliau terpaksa dipotong dan Alhamdulillah, dengan menjadi Bateriku Hero ini dapatlah beliau menjana pendapatan tambahan. Menarik bukan!




ULASAN PERIBADI MENGENAI BATERIKU.COM

Pengalaman beli bateri kereta dengan Bateriku.com dan info mengenai program Bateriku Hero untuk jana pendapatan tambahan



Life savior! Ayat pertama yang muncul dari mulut saya. Syukur sebab Bateriku.com telah memudahkan urusan saya. Tak sangka juga ada servis atau perkhidmatan khusus bateri kereta di Malaysia ini. Bayangkan jika tiba-tiba bateri kereta ada bermasalah dan anda berada di tempat asing, macam mana nak cari pertolongan? Nasib baik ada servis seperti Bateriku.com ini, hanya guna aplikasi dan buat tempahan, masalah bateri anda selesai! Bukan itu sahaja, servis Bateriku.com adalah tersedia 24 jam dan bukan hanya tertumpu di KL dan Selangor sahaja tetapi seluruh negara.


Saya juga baru tahu yang Bateriku.com ada menawarkan program Bateriku Hero dimana saya diberitahu program ini telah membantu lebih 500 orang rider menjana pendapatan tambahan dan menariknya sejak 2016, Bateriku.com telah membayar komisen lebih RM 8 juta kepada Bateriku Hero. Sebagai info, program Bateriku Hero memberikan komisen sebanyak RM 35 untuk setiap pemasangan bateri. Selain itu, pihak Bateriku.com akan merekrut, memberi latihan dan tunjuk ajar yang akan diselia oleh pasukan kelas A kepada Bateriku Hero. Malah peralatan melakukan kerja juga turut disediakan oleh Bateriku.com kepada Bateriku Hero.


Jadi kepada anda yang mahu mencari pendapatan tambahan, saya cukup sarankan anda mendaftar sebagai Bateriku Hero kerana masa kerja yang fleksibel, tidak membebankan dan sudah pasti dapat mencari duit lebih. Bagi anda yang ada masalah bateri kereta, sekarang anda tidak perlu risau kerana Bateriku.com kan ada! Jangan lupa untuk layari dan muat turun aplikasi BATERIKU.COM dan kalau anda nak cuba menjadi Bateriku Hero, boleh terus hubungi mereka! Layari  untuk info lanjut.

IKUTI BATERIKU.COM DI FACEBOOK | INSTAGRAM




#BATERIKU #BATERIKONG #TERIMAKASIHBATERIKU

2 Comments

  1. Bateriku.com terbaik!

    ReplyDelete
  2. Saya pernah guna servis Bateriku.com memang berbaloi!

    ReplyDelete