JANA PENDAPATAN BERSAMA WOOLALA STORE

JANA PENDAPATAN BERSAMA WOOLALA STORE

Sejak pandemik Covid-19 menyerang dunia, ramai yang terkesan terutamanya dari segi ekonomi. Setiap hari kita mendengar ada yang kehilangan punca pendapatan, banyak bisnes terpaksa ditutup kerana tidak mampu menanggung kos dan perkara ini benar-benar membimbangkan kita semua. Namun begitu, anda perlu sedari bahawa ia bukanlah erti akhir kehidupan. Ujian ini menjadikan kita perlu lebih kuat dan kreatif dalam merencana masa depan. Banyak sahaja cara halal untuk anda menjana pendapatan dalam situasi sekarang.


JANA PENDAPATAN BERSAMA WOOLALA STORE
DATO' HAZREEN HAMDAN (TENGAH) KETIKA SESI SOAL JAWAB

Bertitik tolak dari situasi ini membuatkan Datuk Hazreena Hamdan terpanggil untuk menubuhkan Woolala Store, sebuah plaform e-dagang terbaru bagi membantu mereka diluar sana untuk menjana pendapatan dan seterusnya mengubah kehidupan ke arah lebih baik. Kesempatan bertemu dengan Dato’ Hazreena Hamdan, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Woolala Store Sdn. Bhd. di pejabat korporat syarikat ini yang terletak G Tower dengan dihadiri juga beberapa pengamal media dan kakitangan Woolala Store Sdn Bhd menjelaskan secara terperinci mengenai perihal ini.


APA ITU WOOLALA STORE?


JANA PENDAPATAN BERSAMA WOOLALA STORE
LAMAN SESAWANG WOOLALA STORE


Pada asasnya Woolala Store merupakan sebuah platform e-dagang yang diwujudkan sebagai medium penjualan produk kepada pengguna. Apa yang menjadikan Woolala Store ini berbeza dengan platform lain di luar sana adalah, ia merupakan platform e-dagang pertama di Malauysia yang memberi manfaat bukan sahaja kepada penjual tetapi juga pembeli. Ini bermaksud para penjual dan pembeli yang menyertai Woolala Store akan dapat bersama-sama menjana pendapatan. Bagaimana tu? Salah satu caranya adalah jika ahli atau pembeli yang berkongsi produk penjual/vendor Woolala Store di media sosial akan dibayar gaji menerusi program Bayar Per Klik (Pay Per Click).


JANA PENDAPATAN BERSAMA WOOLALA STORE
LOGO RASMI WOOLALA STORE


Bagi vendor atau penjual menerusi Woolala Store pula anda boleh menjual pelbagai jenis produk kerana Woolala Store menyediakan 40 kategori dalam platform ini. Ini termasuklah jika anda ingin menjual tanah atau kereta sekalipun, Woolala Store menyediakan ruang untuk anda. Senang kata, Woolala Store ibarat pusat sehenti untuk penjualan dan pembelian. Sebagai permulaan untuk bulan 3 ini sahaja, tiada bayaran dikenakan kepada vendor yang ingin menyertai Woolala Store. Setiap vendor yang mendaftar dengan Woolala Store akan menerima pelbagai manfaat antaranya Pay Per Click Points, baucar, diskaun dan 1 minit video promosi di laman Youtube Woolala Store.

Pada masa sama, Woolala Store Sdn Bhd telah memperkenalkan WooSaving dimana dengan hanya melabur minimum RM250, anda boleh menikmati ganjaran menarik antaranya perlindungan insurans, khairat kematian, simpanan emas, simpanan Haji dan Umrah, asset kereta & rumah dan pelaburan saham.


BAGAIMANA WOOSAVING BERFUNGSI?


JANA PENDAPATAN BERSAMA WOOLALA STORE


Sebagai permulaan, Woolala Store memperkenalkan program WooSaving dimana setiap ahli yang menyertai dan membuat simpanan menerusi WooSaving secara automatik menjadi rakan kongsi perniagaan Woolala Store. Pihak Woolala Store merancang untuk melabur dengan syarikat pelaburan mandat dan bank pelaburan serta bekerjasama dengan syarikat insurans bagi memastikan setiap ahli mendapat kelebihan menerusi program WooSaving. Pulangan yang dijanjikan menerusi program ini adalah dalam lingkungan 3-5 peratus setiap bulan. Kelebihan lain yang akan diperolehi menerusi program WooSaving ini adalah setiap ahli akan mendapat khairat kematian, simpanan haji & umrah, simpanan emas dan banyak lagi.

Program WooSaving ini bermula dengan modal serendah RM250 dan apabila laman sesawang Woolala Store beroperasi sepenuhnya, setiap ahli yang menyimpan dengan WooSaving akan dibimbing untuk menghasilkan produk sendiri.

WooSaving ini tidak terhad di dalam negara sahaja kerana ahli luar dari Malaysia juga boleh menyimpan di WooSaving kerana tranksasi menggunakan Bitcoin, Atrium dan USDT.


PROGRAM BAYAR PER KLIK (PAY PER CLICK)

Apa yang dimaksudkan dengan program Bayar Per Klik ini? Woolala Store Sdn Bhd akan memulakan program Bayar Per Klik (Pay per Click) pada bulan April nanti. Program ini berfungsi dimana jika anda berkongsi pautan produk vendor yang terdapat di dalam Woolala Store akan menerima gaji sebanyak 50 sen setiap klik. Untuk menikmati habuan menerusi program ini, anda hanya dikenakan bayaran one-time sebanyak RM100.


MISI DAN VISI WOOLALA STORE SDN BHD

Mungkin nama Dato’ Hazreena Hamdan agak asing bagi anda namun figura ini telah mengabdikan diri dalam dunia bisnes lebih 15 tahun dengan penglibatan dalam bidang perdagangan, pelaburan, penghasilan produk dan perniagaan restoran.

Dato’ Hazreena Hamdan mempunyai impian yang cukup besar dalam Woolala Store ini. Sebagai permulaan, beliau telah melabur hampir RM 300 ribu dalam menggerakkan fasa pertama Woolala Store ini. Woolala Store juga mempunyai perancangan untuk melebarkan sayap di peringkat Asia Tenggara khususnya di Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand serta membawa Woolala Store ke bursa saham dan memiliki yayasan sendiri. 


JANA PENDAPATAN BERSAMA WOOLALA STORE

Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Woolala Store ini, anda bolehlah menghubungi di talian 017-6911686/016-9191877/03-4285 5531 atau boleh terus melayari laman sesawang rasmi www.woolalastore.com atau emel ke woolalastorebiz@gmail.com untuk pertanyaan lanjut.


#BISNES

0 Comments