BERBALOI TAK TENGOK? REVIEW FILEM COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG

BERBALOI TAK TENGOK? REVIEW FILEM COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG

Berbaloi Tak Tengok? Review Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang | Dunia perfileman di Malaysia dilihat kembali rancak. Mana tidaknya, banyak filem tempatan sudah ditayangkan di pawagam. Paling membanggakan bila filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berjaya meraih RM97 juta, filem dengan kutipan tertinggi keseluruhan dalam sejarah tayangan pawagam Malaysia. Disusuli pula dengan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, sebuah filem aksi ketenteraan Malaysia yang telah meraih hasil kutipan RM31 juta. Melihat kepada persamaan kedua-dua filem ini iaitu genre aksi, adakah ia penanda aras bahawa penonton Malaysia kini menggemari filem bercorak sebegini? Barangkali.

Terbaru, filem aksi Coast Guard Malaysia: Ops Helang baru sahaja ‘berlabuh’ di pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei. Saya berkesempatan menghadiri majlis Tayangan Perdana & Sidang Media filem ini yang telah diadakan di DADI Cinema Pavilion KL baru-baru ini. Kenapa saya berminat untuk hadir ke acara ini? Jawapannya adalah kerana saya diberitahu bahawa filem ini dijayakan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Belum pernah saya dengar mana-mana filem Malaysia berkolaborasi dengan badan beruniform yang satu ini. Pasti menarik bukan?

BERBALOI TAK TENGOK? REVIEW FILEM COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG

BERBALOI TAK TENGOK? REVIEW FILEM COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG

BERBALOI TAK TENGOK? REVIEW FILEM COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG

BERBALOI TAK TENGOK? REVIEW FILEM COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG

BERBALOI TAK TENGOK? REVIEW FILEM COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG

BERBALOI TAK TENGOK? REVIEW FILEM COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG

BERBALOI TAK TENGOK? REVIEW FILEM COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG

Untuk info, APMM atau juga dikenali sebagai Maritim Malaysia merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengawasi setiap kawasan perairan di Malaysia agar aman dan selamat bagi kegunaan masyarakat dan negara. Selain dari itu, tugasan penting Maritim Malaysia ialah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di laut.

SINOPSIS FILEM COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG

BERBALOI TAK TENGOK? REVIEW FILEM COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG

Filem Coast Guard ini memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz (Saharul Ridzwan) yang ingin memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau setelah mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi. Hafiz juga membawa tunangnya Nurul untuk tinggal bersama setelah mereka memutuskan untuk berkahwin. 

BERBALOI TAK TENGOK? REVIEW FILEM COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG

BERBALOI TAK TENGOK? REVIEW FILEM COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG

BERBALOI TAK TENGOK? REVIEW FILEM COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG

Namun, ketika Majlis Sambutan Pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali telah menyerang mereka dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu-bapanya serta beberapa lagi tetamu lain termasuk beberapa Anggota APMM untuk dijadikan tebusan. Leftenan Maritim Melati (Julia Farhana), seorang Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim yang ditugaskan untuk menyiasat kes itu berjaya menemui dan menyelamatkan Hafiz, Nurul dan bapanya. Krisis terus meruncing apabila kumpulan penjenayah itu berterusan mencabar komitmen Hafiz dan APMM lalu menyebabkan satu operasi besarbesaran diaktifkan sehingga kumpulan penjenayah terbabit tumpas.


Filem drama aksi berdurasi 85 minit ini diterbitkan oleh Flying Deals Sdn. Bhd dan Arie Zahari Production serta penerbit bersekutu dan edaran Metrowealth International Group (MIG). Filem ini telah mendapat sokongan penuh Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) serta pihak FINAS yang telah memberi sokongan Dana Kandungan Digital (DKD) dan Dana Kandungan Pemasaran. Filem ini tidak akan berjaya tanpa penglibatan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta sokongan Primeworks Studios dan Media Prima Berhad. Terima kasih juga kepada para penaja iaitu MyDebit, Paynet dan Starbucks.

Naskhah arahan Allahyarham Pitt Hanif ini dibarisi oleh pelakon hebat seperti Saharul Ridzwan, Julia Farhana, Adlin Aman Ramli, Hazama, Aziz M. Osman, Sherie Merlis, Jaja Iliyes, Akmal Ahmad, Kodi Rasheed, Aman Nasim, Hafiz Rafiah, Joe Aziz dan ramai lagi.

REVIEW PERIBADI COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG

Sejujurnya, saya bukanlah peminat keras mati filem Malaysia namun bukanlah bermaksud saya tidak suka menonton filem lokal. Senang cerita saya seorang yang choosy dan selective bila mahu menonton filem Malaysia. Namun sejak kebelakangan ini, saya sudah mula nampak perkembangan positif filem tempatan baik dari segi kualiti dan variasi naratif. Tak adalah lagi asyik-asyik filem cinta tak pun filem ‘Megah Holding’. Begitu juga dengan filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang memang lain dari kebiasaan filem tempatan.


Kita mula dengan ulasan positif dulu. Saya suka filem aksi dan filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang memang berikan aksi yang nonstop dari awal sampai akhir. Filem ini cukup straightforward dan plot twist pun sudah dapat jangka. Namun kerana garapan aksi sepanjang file mini menjadikan filem ini seronok untuk ditonton. Belum sempat saya nak bernafas, adegan aksi bertubi-tubi. Elemen cinta? Mestilah ada dalam mana-mana filem di dunia ini, cuma dalam filem drama aksi ini, ia tidak ditonjolkan secara berlebihan. Saya harus beri standing ovation kepada 3 pelakon dalam filem ini iaitu Adlin Aman Ramlie, Hazama dan Sabri Yunus. Penjiwaan watak ketiga-tiga figura ini cukup mengkagumkan. Terus-terang, tanpa watak daripada 3 pelakon ini, filem ini pasti bosan. Namun ini bukanlah bermaksud pelakon lain tidak bagus. Pada saya kesemua pelakon dalam filem telah memberi yang terbaik untuk filem ini. Shaharul Ridzwan dan Julia Farhana selaku teraju utama filem ini sanggup berkampung di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah selama sebulan untuk menjalani latihan intensif. Saya agak impress bila dapat tahu pihak produksi telah membina perkampungan lanun dengan kos belanja RM400 ribu semata-mata untuk menampakkan filem ini ‘real’.

Sekarang saya cerita pada yang saya kurang suka tentang filem ini.Babak antara Saharul Ridzwan dan Jaja Iliyes pada majlis pertunangan di pulau kerana pengulangan acap kali panggilan ‘sayang’ tu agak annoying pada saya. Kemudian saya kurang pasti kenapa dialog Julia Farhana yang banyak menggunakan bahasa Inggeris sedangkan watak lain banyak berdialog dalam bahasa Malaysia. Sebenarnya tak banyak pun kecacatan pada filem ini di mata saya. Dari awal filem sampai akhir, saya tekun saja menonton tanpa menguap maksudnya filem ini menarik.

BERBALOI TAK TENGOK? REVIEW FILEM COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG

Ini merupakan lakonan pertama Saharul Ridzwan sebagai teraju utama dalam filem. Filem ini juga menjadi filem pertama yang membabitkan Maritim Malaysia.

Jadi kepada anda yang belum menonton filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang ini, cepat serbu pawagam berhampiran. Saya mendapat info bahawa 3 hari tayangan filem ini sudah berjaya mengutip RM1.5 juta. Great news buat filem tempatan! Jangan lupa tonton kerana ianya berbaloi!


IKUTI FILEM COAST GUARD MALAYSIA DI FACEBOOKINSTAGRAM


#FILMCOASTGUARD #CINEMA #FILM2023 #MARITIMMALAYSIA #OPSHELANG #MALAYSIACOASTGUARD #FLYINGDEALSDNBHD #METROWEALTH #MIGONLINE

2 Comments

  1. hahhaha SAMA!!! annoying gile dok syg syg syg syg eh ko senyap la hahha pastu pelek apsal melati dok speaking english ni? HAHAHHA kisah setabak lg kelako tp overall filem ini mmg worth to tonton!

    ReplyDelete
  2. ...citer paling krik...krik...krik..aku pernah tengok...terlalu banyak yang tak logik violating SOP...tengok BoboiBoy lagi layan...MAAF, realiti...bukan downgrade...

    ReplyDelete