MENJAMU SELERA SAMBIL MENDENGAR KICAUAN BURUNG – HANYA DI HORNBILL RESTAURANT & CAFÉ, KL BIRD PARK.

12:59 am Shariffudin Azhar Omar 2 Comments


Cuba anda bayangkan anda sedang berada di dalam hutan dan dikelilingi kicauan burung serta udara segar sekarang ini? Tenang dan mendamaikan bukan! Bayangkan pula anda mendapat suasana sebegini sambil menikmati juadah enak dan menyelerakan. Tak ke HEAVEN? Anda hanya akan dapat menikmati kedua-dua perkara ini di HORNBILL RESTAURANT & CAFÉ yang terletak di KL BIRD PARK. Sebagai informasi, KL BIRD PARK juga dikenali sebagai the world largest free-flight walk in Aviary.

Nama restoran ini diambil daripada nama burung enggang iaitu sejenis burung yang mempunyai paruh berbentuk tanduk lembu. Burung Enggang tergolong dalam kumpulan Bucerotidae yang termasuk 57 spesies. Bagi negeri Sarawak khususnya, Burung Enggang Badak atau dikenali juga sebagai burung Kenyalang adalah menjadi burung kebanggaan mereka.

Restoran Hornbill ini dibina di dalam kawasan KL BIRD PARK sendiri.  Jadi tatkala anda menjamu selera di kawasan outdoor seating, jangan terkejut jika anda didatangi oleh burung-burung ini. Inilah kelainan yang cuba diterapkan oleh pihak HORNBILL RESTAURANT & CAFE dimana sambil kita menjamu selera, kita dapat mendekatkan diri dengan alam semulajadi. Tidak susah pun untuk mencari restoran ini kerana lokasinya betul-betul disebelah pintu masuk utama KL BIRD PARK. Ia boleh diakses dengan kenderaan sendiri mahupun menggunakan perkhidmatan HOP ON HOP OFF BUS (bas akan berhenti betul-betul di hadapan KL BIRD PARK). Jika malas memandu, gunakan sahaja perkhidmatan UBER atau GRAB. Kalau anda inginkan kelainan, turun saja di stesen Komuter KUALA LUMPUR dan menapak menyusuri Masjid Negara menuju ke restoran ini.






Restoran ini dibina dengan bercirikan rumah kampung dan ia terbahagi kepada 3 tingkat. Bagi tingkat atas adalah ruang makan dalam dan luar. Bagi aras tengah pula adalah ruang khas yang boleh digunakan untuk sebarang acara seperti acara hari lahir mahupun pelancaran produk. Manakala aras paling bawah terdapat perkhidmatan FISH SPA. Menarik!

Cukup tenang sekali bila dapat menikmati juadah enak di dalam bangunan rumah kayu bercirikan rumah kampung melayu sambil mendengar kicauan burung-burung. Saya senaraikan beberapa menu terbaik di Hornbill Restaurant & Café. Ia menyediakan menu Asian Fusion. Ada pelbagai seleksi menu dari makanan tempatan mahupun barat yang anda boleh nikmati. Secara peribadi, saya mengesyorkan anda untuk menjamu selera di sini kerana makanannya enak, suasana restoran yang berkonsepkan alam semulajadi yang memang sukar didapati di dalam bandar seperti Kuala Lumpur. Jaminan kepuasan!





PILIHAN MINUMAN PELBAGAI WARNA!

CHICKEN CORDON BLEU - BONELESS CHICKEN CUTLET BREADED AND WRAPPED AROUND SLICED HAM AND MELTED CHEESE. DIHIDANGKAN BERSAMA BLACK PEPPER SAUCE, FRIES AND COLESLAW

CHICKEN CHOP - GRILLED CHICKEN DIHIDANG BERSAMA SOS LADA HITAM ISTIMEWA, WEDGES DAN SAUTEED VEGETABLES

ONE OF MY FAVOURITE!

KEROPOK LEKOR YANG LEMBUT


SATE AYAM DAN DAGING

ISI SATE INI CUKUP LEMBUT, REMPAH YANG DIPERAP CUKUP RASA SERTA KUAH KACANG YANG CUKUP KEPEKATAN

NASI DAGANG - I LOVE THE FISH CURRY KERANA KARI INI MEMANG KENA DENGAN NASINYA

ANTARA MENU WAJIB DIPESAN ADALAH PISANG GORENG ERSAMA MADU KERANA KERANGUPANNYA WALAUPUN IA SUDAH SEJUK. 

MEE GORENG MAMAK

LAKSA SARAWAK

KUAH LAKSA INI CUKUP RASA DAN PEKAT, LIHAT UDANGNYA YANG BESAR DAN BANYAK!

ORIENTAL FRIED RICE - PILIHAN AYAM/LEMBU/VEGETARIAN

JUADAH SEBENAR MEMBANGKIT RASA

PENCUCI MULUT BANANA SPLIT







HORNBILL RESTAURANT & CAFÉ
920, JALAN CENDERAWASIH, TAMAN TASIK PERDANA, 50480 KUALA LUMPUR.

WAKTU OPERASI: 
9 PAGI – 8 MALAM (SETIAP HARI)

TEL: 03-22721010

LAMAN WEB: www.klbirdpark.com







#REEFISM #REEFISMTERRITORY #HORNBILLRESTAURANT #KLBIRDPARK
Hornbill Restaurant Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

2 comments:

  1. seriously tak kisah pasal makanan lain...tapi mee goreng mamak tuuu...haihh! awat tak ajak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kita candle light dinner ye...makan sampai lebam..hihi

      Delete

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.