HIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2018 - HUB 2018 BAKAL HIMPUN 14 RIBU USAHAWAN BUMIPUTERA


Berniaga merupakan suatu kegiatan ekonomi yang amat digalakkan jika anda ingin mendapatkan pendapatan yang lumayan dengan syarat anda harus berusaha keras dan fokus. Ramai diluar sana yang cuba menjadikan bidang keusahawan sebagai punca rezeki namun ramai juga yang gulung tikar. Ini kerana kurangnya ilmu dan arah tuju yang betul untuk mengembangkan potensi diri dalam bidang perniagaan.
 
Jika anda ingin melebarkan empayar bisnes yang sedia ada atau barangkali sedang merancang untuk memulakan sesuatu perniagaan namun buntu dimana atau produk apa yang ingin dijual, apa kata anda luangkan masa untuk menghadiri HIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2018 yang akan berlangsung pada 30 dan 31 Mac 2018 ini.

Kenapa anda harus hadir ke HIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2018? Program anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensinya SME Corp. Malaysia dengan sokongan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ini menyediakan pelbagai informasi berguna kepada para perniaga untuk memantapkan bisnes anda menerusi pelbagai seminar dan sembang santai tentang bisnes. 

Selain itu, HIMPUNAN USAHAWAN BELIA 2018 ini bakal dihadiri oleh 14,000 PKS Bumiputera dari seluruh negara yang terdiri daripada ahli-ahli di bawah naungan pelbagai persatuan / dewan / pertubuhan / majlis berkaitan keusahawanan dan PKS. Jadi ia merupakan platform terbaik untuk anda berkongsi ilmu dan mendapatkan idea tentang bisnes anda.

Bakal diadakan di di Axiata Arena, Stadium Nasional Bukit Jalil, program HIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2018 ini menyenaraikan beberapa aktiviti berbentuk seminar dan forum bicara bisnes bersama tokoh dan usahawan selebriti.

Antaranya adalah:
Sembang Usahawan Selebriti (30 Mac 2018, 3:00 petang)
Sembang Petang bersama YAB Perdana Menteri (30 Mac 2018, 4:30 petang)
Young CEO Summit (30 & 31 Mac 2018, 8:00 pagi – 6:00 petang)
Karnival Jom Niaga 2018 (30 & 31 Mac 2018, 9:00 pagi – 10:00 malam)
• Bengkel Digital MDEC
• Food Truck (30 & 31 Mac 2018, 9:00 pagi – 10:00 malam)
• Sembang Santai Usahawan Selebriti
• Kapsul Kementerian (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Dalan Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
• Majlis Penutup TUBE Mega 5.0 (31 Mac 2018, 3:00 petang)

Pastikan anda tidak melepaskan peluang menyertai acara kemuncak HIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2018 iaitu sesi yang bakal dikemudi oleh FARA FAUZANA menerusi Sembang Usahawan Selebriti. Para panel yang dijemput adalah SHUIB SEPAHTU, SARAH RAISUDIN, CAPRICE DAN MAJDIE RAMLEE. Penyanyi FAIZAL TAHIR juga bakal membuat persembahan khas sempena HUB 2018.





YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) dijadualkan akan bersama dalam HUB 2018 menerusi sesi SEMBANG PETANG dan kemudiannya bakal menyaksikan majlis PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) dan Anugerah Usahawan Bumiputera Terbaik.


YOUNG CEO SUMMIT 2018

Program ini merupakan platform terbaik kepada anda mendalami strategi keusahawanan oleh pakar industri, mentor dan usahawan berjaya termasuk ilmu ‘street smart’ dan ‘book smart’ sebagai keseimbangan kualiti pengetahuan (IQ) kepada peserta Young CEO Summit dalam segala aspek. Selain itu, sesi Transformasi Minda keusahawanan juga akan diadakan bertujuan meningkatkan nilai modal insan, jati diri serta pemantapan kualiti emosi (EQ) dan juga kualiti kerohanian (SQ) serta sesi Inspirasi bersama Agensi Usahawan Bumiputera sebagai sokongan motivasi dan tauladan untuk membangkitkan semangat usahawan bumiputera.

Antara pengisian seminar YOUNG CEO SUMMIT 2018 adalah perkongsian ilmu oleh aktor terkenal dan juga usahawan muda berjaya, Encik Fizo Omar yang akan membicarakan tentang MILLINEAL MINDSET MAPPING dan MARKETING & BRANDING. Walaupun beliau dikenali sebagai aktor, namun sebenarnya ramai yang sedia maklum akan penglibatan beliau dalam bidang keusahawaan.





BIODATA ENCIK FIZO OMAR
  • PENGASAS FIZO OMAR CHANNEL SDN BHD
  • SPEAKER DI AGENSI KERAJAAN SEPERTI SME CORP, MEDEC, SSM.
  • DUTA KEPADA BEBERAPA SYARIKAT TERKEMUKA ANTARANYA HP MALAYSIA, F & N, IM4U, EKSPRESI NEGARAKU, HIMPUNAN SEJUTA BELIA, HARI SUKAN NEGARA, E-USAHAWAN.
  • MEMPUNYAI JUMLAH PENGIKUT LEBIH 5 JUTA DI MEDIA SOSIAL.

Selain itu, PROF DATUK DR MUHAYA juga turut hadir sebagai speaker untuk membicarakan topik TRANSFORMASI MINDA dan ABANG ABU dengan topik MEKANIK WANG.


KARNIVAL JOM NIAGA 2018

Karnival ini diadakan dengan objektifnya untuk menyediakan platform bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menjual produk dan perkhidmatan selain membolehkan usahawan mendapat maklumat, meneroka peluang perniagaan dan menjalin jaringan kerja baharu. Karnival Jom Niaga 2018 bakal dihadiri seramai 20 ribu pengunjung. Jangan lupa untuk memeriahkan Karnival Jom Niaga 2018 di HUB 2018 pada 30 & 31 Mac 2018 bermula jam 9:00 pagi hingga 10:00 malam. Banyak aktiviti dan gerai disediakan kepada anda sepanjang dua hari ini. Antaranya:

• Pameran Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) oleh MITI
• Gerai Buah-Buahan FAMA
• Street Soccer @ Jom Niaga
• Peraduan Mewarna bersama Bank Rakyat
• Pertandingan Gubahan Bunga
• Pertandingan Teh Tarik Challenge
• Pertandingan Karaoke Gegar Jom Niaga (Karaoke)
• Penampilan dan Persembahan Selebriti
• Pertandingan Kostum Kanak-Kanak
• Demonstrasi Hair Styling oleh Joe’s Barbershop
• Demonstrasi Hijab bersama Nabilah Razali
• Demonstrasi Make-Up bersama Syed Dewa
• Pertunjukan Fesyen
• Cabutan Bertuah- Kereta, motorsikal, basikal, telefon pintar, barang-barang elektrik
• Penampilan maskot Transformers (Optimus Prime & Bumblebee) & Ejen Ali
• Kids @ Jom Niaga – Bouncing castle, face painting, clown appearance & sand art
• Booth Tonton dan Boost
• e-wallet oleh Boost sebanyak RM20 sehari


Jangan lupa untuk melapangkan masa anda sekeluarga untuk bersama-sama memeriahkan program HIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2018. Banyak manfaat dan informasi berguna yang boleh diambil khususnya kepada para usahawan. MASUK PERCUMA!







Lokasi program HIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2018 menyediakan ruang parkir yang cukup luas. Ia juga boleh diakses melalui perkhidmatan LRT (stesen Bukit Jalil). Malah jika anda malas memandu, gunakan saja perkhidmatan GRAB kerana kod diskaun RM5 diberikan untuk pergi dan balik. KOD PROMO: GrabHUB2018 .






Muat turun aplikasi HUB 2018 di telefon pintar anda untuk mendapatkan informasi terkini serta pendaftaran secara atas talian boleh dibuat terus menerusi pautan ini : http://bit.ly/HUB2018REG .

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan HIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA 2018 (HUB 2018), sila hubungi 03-27756269 atau 03-27756208 atau menerusi email hub2018@smecorp.com.my . JUMPA ANDA DISANA!


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #HUB2018 #SMECORP #MITI

14 Comments

  1. Menarik! boleh bawa seisi keluarga ke acara ini nanti! Thanks for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. macam-macam aktiviti boleh buat di Himpunan Usahawan Bumiputera 2018

      Delete
  2. Best pegi hari tu. Memang happening. Mujur pegi jumaat, xde la pack sangat ngan org huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Minggu ni kena pergi ni..kalau tak pergi rugi!

      Delete
  3. kena pergi sebab ada peluang untuk menimba ilmu dari pakar-pakar dalam pelbagai bidang. Bengkel digital MDEC pun menarik kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluang terbaik kepada para usahawan timba ilmu.

      Delete
  4. Program ini bukan sahaja untuk para usahawan menimba ilmu bisnes tetapi semua orang boleh bergembira dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan penganjur. Siapa ada selebriti dan cabutan bertuah lagi! Must Go!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju! Berbaloi bawak satu famili ke #HUB2018 !

      Delete
  5. Tak sabarnya nak pergi huhu. Hope boleh timba sesuatu kat sana. Lagi pun blh bawak family skali ��

    ReplyDelete
  6. Kena bawa satu family datang sini..ada voucher rm20 tu agak2 boleh dapat banyak juga kan makanan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..kalau malas drive guna ja grab sebab ada kod promo lagi..

      Delete
  7. Acara yg mmg bagus utk dikunjungi terutama buat para usahawan dan juga yg berhasrat menceburi bidang keusahawanan. Pasti bnyk input2 bermanfaat ni nanti.. menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak input berguna yang boleh diambil oleh usahawan dalam program ini. Nak berniaga kenalah ada ilmu kan...

      Delete
  8. Bagus betul diadakan program macam ni..boleh lah peniga dan bakal2 peniaga dapat ilmu yang bermanfaat disana. Rugi betul lah sis tak dapat join

    ReplyDelete