FAKTA MENARIK TENTANG WHO’S TEA MALAYSIA YANG ANDA PATUT TAHU!






Siapa penggemar minuman Milk Tea, Bubble Tea, Cheese Tea dan yang seangkatan dengannya? Semua sedia maklum bahawa sekelip mata sahaja minuman Bubble Tea menjadi tular di media sosial Malaysia. Saya kurang pasti bagaimana ia boleh tular namun apa yang pasti minuman ini menjadi kegilaan ramai sehingga ada yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk menikmati minuman ini. Saya bukanlah salah seorang daripada mereka yang beratur panjang itu namun saya ingin berkongsi pengalaman saya menikmati minuman Bubble Tea dan Milk Tea sewaktu saya berkunjung ke Melaka tempoh hari.

Semua tahu bahawa Melaka bukan sahaja terkenal dengan kisah dan bangunan bersejarah, namun Melaka menawarkan banyak foodie place yang sedap. Antaranya adalah kedai yang menawarkan seleksi minuman berasaskan teh iaitu Who’s Tea Malaysia. Saya tahu akan jenama ini pun di media sosial. Alang-alang saya ke Melaka, jadi saya ambil peluang mencuba apa yang menarik di Who’s Tea Malaysia memandangkan cawangan di Melaka adalah yang pertama dibuka di Malaysia.








Sebagai info, Who’s Tea adalah jenama yang berasal dari Taichung City Taiwan sejak 2011 lagi. Sudah 8 tahun berada dalam industri, Who’s Tea mempunyai lebih daripada 30 cawangan di Taiwan. Saya diberitahu bahawa empayar Who’s Tea sudah melebarkan sayap di peringkat global dengan pembukaan cawangan di China, Amerika Syarikat, Cambodia, Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Malaysia. Syarikat Pro Specialist Advisory (International) Sdn Bhd bertanggungjawab membawa jenama Who’s Tea ini ke Malaysia.

Tidak sukar mencari lokasi premis Who’s Tea Malaysia ini. Hanya berpandukan kepada navigasi, Who’s Tea Malaysia yang terletak di Jalan KLJ 9, Taman Kota Laksamana Jaya mudah ditemui. Saya sukakan rekabentuk bangunan di kawasan premis ini yang bercirikan kolonial. Saat melangkah masuk ke dalam ruang kedai Who’s Tea Malaysia ini mengujakan saya. Dekorasi dalaman cukup minimalis dan Insta-Worthy!













Oh ya, saya dimaklumkan bahawa tingkat atas premis Who’s Tea Malaysia turut menyediakan permainan gergasi untuk pelanggan bermain santai. Cool bukan? Memang pusat lepak terbaik bersama rakan-rakan. Fasiliti seperti Wi-Fi dan tandas turut disediakan.

MESIN MAINAN

DAM CINA

KICKING BILLIARD

GIANT CANON





Tertanya juga kenapa Who’s Tea? Saya dimaklumkan bahawa nama Who’s Tea ini berasal dari sebutan Cina iaitu 鬍⼦茶 (Húzi chá) yang membawa maksud janggut. Apabila anda minum di Who’s Tea, pasti akan terbentuk janggut kecil atau misai akibat daripada buih susu khas ini. Comel bukan?




Berbalik kepada minuman di Who’s Tea Malaysia ini. Apa yang istimewa tentang minuman disini? Hampir kesemua ramuan yang digunakan di sini adalah diimport terus dari Taiwan seperti Black Tea, Oolong Tea, Green Tea dan Tie Guan Yin. Jadi anda tidak perlu risau akan kualiti dan rasa asli minuman di Who’s Tea Malaysia. Jangan risau, ianya HALAL. Selain itu, keunikan pada minuman Black Who’s Milk Tea (my personal favourite) adalah ia menggunakan buih susu coklat, pertama seumpamanya di Taiwan. Satu kelainan yang anda tak kan jumpa di tempat lain sebab kebanyakannya menggunakan buih keju atau buih Rose Salt.

BLACK WHO'S MILK TEA

BROWN SUGAR BUBBLE TEA

Jika anda jenis yang menjaga kesihatan, tidak perlu risau untuk menikmati minuman di Who’s Tea Malaysia kerana gula yang diguna disini adalah jenis sukrosa (gula tebu tulen) dari Taiwan yang mudah dicerna dalam tubuh manusia. Senang kata, ia tidak menggemukkan anda malah gula sukrosa ini dapat mengekalkan kualiti rasa minuman dan menghasilkan bau teh lebih harum.

Antara minuman yang wajib cuba disini adalah Black Who's Series (Chocolate Milk Foam), White Who's Series (Rose Salt Foam), Cheese Who's Series (Cheese Milk Foam), Fresh Fruit Series, Tasty Tea Series, Fresh Milk Tea Series, Vineger Series, Bubble Tea Series.
   
FRESH BOWL OF GRAPEFRUIT

FRESH AUTHENTIC FRUIT TEA

CRANBERRY VINEGAR

FRESH RED DRAGON FRUIT





Who’s Tea Malaysia bukan sekadar menjual minuman sahaja! Mereka turut menawarkan menu makanan ringan seperti Black Panini iaitu menu seperti sandwich dimana rotinya dibakar segar dan diperbuat daripada tepung, yis, telur dan serbuk arang untuk meningkatkan proses penapaian. Pilihan inti Panini adalah Chicken & Ham (chicken, ham, salad, tomato sauce), Thick Chicken (Chicken, tomato, sauce, peanut, salad) dan Omega Egg Cheese (Egg, Cheese, Mayo,Tomato sauce, Strawberry jam, Salad). Wajib cuba Black Panini jika anda di Who’s Tea Malaysia! Selain itu, mereka turut menawarkan menu makanan ringan seperti Fried American Potato, Fried Sweet Potato, Fried Potato Chips dan Taiwanese Fried Chicken.

PILIHAN BLACK PANINI

THICK CHICKEN PANINI





Secara peribadi, kunjungan saya ke Who’s Tea Malaysia ternyata berbaloi kerana saya sukakan kualiti rasa minuman disini terutamanya Black Who’s Milk Tea, Brown Sugar Bubble Tea dan Fresh Red Dragon Fruit. Black Who’s Milk Tea yang menjadi signature drink disini mempunyai kualiti rasa teh yang sempuna. Cukup lemak susu dan teh. Malah kandungan buih susu coklat bersama taburan oreo di atas menjadikan minuman ini rasa cukup rich! Brown Sugar Bubble Tea disini mempunyai tahap kemanisan yang ideal kerana kebanyakan bubble tea dipasaran sangat manis dan rasa cepat muak. Manakala Fresh Red Dragon Fruit dihasilkan daripada buah naga sebenar bersama susu segar dan susu kultur yang baik untuk perut anda. Rasanya cukup enak!



Jadi jika anda berada di Melaka, jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri seleksi menu yang terdapat di Who’s Tea Malaysia ini. Saya sendiri sudah jatuh cinta dengan rasa minuman disini dan pastinya ada alasan untuk saya kembali ke Melaka lagi. Anda mencari tempat lepak santai bersama rakan-rakan dan keluarga, Who’ Tea patut berada dalam senarai anda!




LOKASI WHO'S TEA MALAYSIA
NO.8, JALAN KLJ 9, 
TAMAN KOTA LAKSAMANA JAYA, 
75200 MELAKA. 

-

WAKTU OPERASI
11 PAGI - 1 PAGI (SETIAP HARI) 

-

TELEFON: + 606-288-4911 

-

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #WHOSTEAMALAYSIA #WHOSTEA #WHOEVERCOMESSTAYS

1 Comments