SUKA MAKANAN JEPUN? ENJU RESTAURANT PULLMAN KLCC HIDANG BUFET MAKANAN JEPUN ASLI DAN SEDAP!






Konnichiwa! Namakan satu perkara yang tidak best tentang Jepun? Kalau anda tanya saya, tiada satu pun yang menjengkelkan tentang Jepun. Dari budaya hingga ke makanan semuanya best belaka! Boleh saya katakan Jepun adalah negara favourite saya kerana Jepun tidak pernah membosankan saya walaupun sudah ke sana beberapa kali. Kalau rindu Jepun, pasti restoran sushi akan menjadi sasaran untuk mengubat kerinduan akan pesona negara matahari terbit ini.

Di Kuala Lumpur, terdapat banyak pilihan restoran makanan Jepun namun tidak semuanya menawarkan kualiti rasa asli. Sedikit kecewa tapi kekecewaan terubat apabila saya temui Enju Restaurant yang terletak di hotel terkemuka bertaraf 5 bintang, Pullman KLCC. Kunjungan saya ke Enju Restaurant Pullman KLCC ini adalah secara kebetulan. Dalam mencari-cari restoran makanan Jepun di KL, kawan saya menyarankan untuk cuba makan di sini. Tambahan pula setiap hari Jumaat, Enju Restaurant menawarkan bufet jadi inilah masa untuk makan sampai kenyang!







Enju Restaurant terletak di aras 2 Pullman KLCC benar-benar mengembalikan momen ketika berada di Jepun. Hiasan dalaman dan juga dekorasi restoran yang banyak menggunakan material kayu menjadikan ia tidak ubah seperti stail restoran di Jepun sendiri. Ya, seperti anda sedang berada di Jepun. Dapur stail terbuka membolehkan pengunjung melihat secara langsung chef menyediakan sushi dan sashimi segar. Pihak Enju Restaurant turut menyediakan 3 bilik khas dengan setiap bilik boleh memuatkan 6 hingga 10 orang bagi anda yang mahu menikmati hidangan dalam suasana privasi bersama rakan dan keluarga. 









Seleksi hidangan yang boleh didapati disini adalah dari variasi sushi sehingga ke tepanyaki. Senang kata, banyak pilihan makanan asli Jepun di Enju Restaurant ini. Anda pilih bahan untuk Tepanyaki dan serahkan kepada chef untuk memasaknya. Antara menu lain yang ditawarkan di sini adalah Sanma Shioyaki, Ebi Tempura, Shake Harusu Karaage, California Maki, Sushi Moriawase, Makimono dan banyak lagi.




















Secara peribadi, saya suka kualiti rasa hidangan makanan Jepun di Enju Restarant Pullman KLCC ini. Setiap menu memberi rasa asli dari setiap suapan. Ruang restoran yang selesa memberi suasana nyaman sambil menjamu selera. Anda rindu Jepun? Singgah sahaja di Enju Restaurant kerana kerinduan anda pasti terubat!


Enju Restaurant Pullman KLCC beroperasi pada dua sesi masa iaitu tengahari hingga 2.30 petang dan 6.30 petang hingga 10.30 malam, hari Isnin hingga Jumaat. Hari Sabtu pula dibuka satu sesi sahaja iaitu 6.30 petang hingga 11 malam. Cuti pada hari Ahad dan cuti umum. Bufet Makanan Jepun hanya ditawarkan pada setiap hari JUMAAT SAHAJA! Harga yang ditawarkan untuk bufet adalah RM128 bagi dewasa dan kanak-kanak dibawah umur 6 tahun adalah PERCUMA!


LOKASI ENJU RESTAURAT PULLMAN KLCC
ARAS 2, PULLMAN KLCC, 
JALAN CONLAY, 50450 KUALA LUMPUR.
-  

TELEFON: +603 2170 8888 

-

LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ENJURESTAURANT #PULLMANKLCC

2 Comments

  1. puas hati betul. berbaloi dan nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang worth makan kat sini. Sedap macam makan kat Jepun.

      Delete